
Ku dahulukan tulisan aku pada hari ini dengan lafaz yang penuh barakah iaitu-Assalamualaikum sebagai pembuka kata. Lafaz ini juga sangat di titik beratkan dalam agama yang syumul iaitu agama Islam kerana, inilah agama hakiki daripada langit dan Rasulullah S.A.W yang menjadi penyebarnya. Memberikan salam kepada sesama Muslim adalah perkara yang sunat, akan tetapi bagi yang mendengarnyanya wajib menjawabnya. Jadi, sebelum itu, jawablah dahulu salam yang diberi sebentar tadi. Rata-rata sudah tahu yang amalan memberi salam ini sangat dituntut di dalam Islam kerana amalan memberi salam ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terbina. Pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat sentiasa mengamalkan salam ini, bahkan sampai ada yang seolah-olahnya bertanding untuk menyampaikan salam terlebih dahulu daripada menjawab

Mungkin ramai peminat-peminat EPL selain Arsenal yang tak puas hati kat blog ini. Tapi tak mengapa, kalau tak puas hati kita sama - sama diskus. Cuba sampaikan ikut saluran yang betul. janganlah sampai ada yang mengumpat-umpat dan memboikot blog ini. Hahaha... Dan satu lagi, ada satu hadis sebagai renungan yang ingin aku sampaikan di sini sebagai tazkirah di kala pembaca-pembaca sekalian sedang dalam kelalaian.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila terdapat tiga orang, maka janganlah dua orang di antara mereka berbisik-bisik tanpa disertakan oleh seorang lagi .
Bukanlah aku alim sangat untuk menyampaikan tazkirah kat sini, tetapi aku tak nak di persoal di negeri yang kekal abadi nanti iaitu di negeri akhirat kenapa kau tidak menyampaikan ilmu walaupun sedikit kepada orang ramai dam masyarakat Islam khususnya. "Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat". Hadis ini sudah cukup terkenal di kalangan pelajar intelek dan tidak mungkin orang yang membaca blog ini ialah orang yang kurang tahap inteleknya. Aku yakin, dan pasti yan ada dala kalangan pembaca yang terer giler tahap inteleknya dan juga begitu mahir dalam bidang IT sehingga sampai dapat menjadi hacker. Aku berharap, kebolehan yang ada pada kita ini tidak disia-siakan dengan begitu sahaja. Tidak mahukah kita memperjuangkan Islam dengan kebolehan kita..?? Kita pun sudah maklum yang kebolehan pada kita ini adalah daripada ALLAH yang MAHA ESA dan tak mahukah kita memanfaatkan nikmat itu untuk agama yang diredhai-NYA..??

Berdasarkan hadis daripada Saidina Umar al-Khattab itu, kita pun sudah jelas makna dan objektif yang ingin disampaikan oleh nabi kita. Jadi, kita sama-sama fikirlah kerana tidak rugi jika kita berfikir kerana "berfikir sesaat itu lebih baik daripada seribu tahun beribadat sunat". So, cuba kita bayangkan yang kita berasa di tempat orang ketiga dan melihat dua lagi kawan ataupun orang yang kita tak kenal sekalipun berbisik di hadapan kita. Sudah tentu ini akan menyebabkan kita tidak selesa dan mendatangkan pelbagai sangkaan buruk kepada mereka. mungkin di dalam hati kita mengatakan yang mereka sedang mengumpat kita. Dan, yang lebih pedih lagi apabila orang yang berbisik itu adalah kawan kita sendiri..?? Apakah perasaan anda..?? Pedih?? Kecewa..?? Nak buat macam mana, kerana itulah kawan yang anda sendiri tentukan.
Dan, berwaspadalah kepada orang yang menggemari melakukan perkara sedemikian kerana mungkin ramai lagi orang yang tidak puas hati terhadap anda kerana berkelakuan dengan kelakuan yang begitu jijik sekali. Oleh itu, sukacitanya aku ingin mengajak anda sekalian bramal dengan hadis ini. Bukan susah pun. Kalau kita tak tegakkan sunnah Nabi S.A.W ini, siapa lagi..?? Kita nak mengharapkan orang-orang jahil?? Tentu sekali tidak boleh diharapkan dan mustahil sekali orang kafir dapat menegakkan sunnah Nabi ini... Jadi fikir-fikirkanlah.. Tidak rugi kita mengamalkannya kerana Allah tentu membalanya dengan pahalaNya yang tiada tandingan pun dengan sebarang harta di dunia ini dan sudah tentu kita ini tergolong di dalam golongan yang mendapat syafaat nabi Muhammad S.A.W kerana menghidupkan sunnahnya. Jumpa lagi....

Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.