Salam sedih untuk peminat-peminat setan merah dan salam gembira untuk peminat - peminat singa biru khususnya untuk peminat yang berada di bumi Mesir ini. Tidak salah untuk kita bersedih sekiranya pasukan yang kita minat dan yang kita sokong sepenuh jiwa raga tumpas kepada musuh ketatnya. Tapi ingatlah yang kalah itu tetap kalah walaupun namanya Manchester United...hahaha..
Dan juga kepada penyokong fantastik MUnafik kat mahattoh muyah, salam sedih spesel dari penulis blog..haha.. Walaupun ramai penyokong man u kat sini, tetapi keputusan 1-0 tidak dapat diubah biarpom semakin ramai yang menyokong Man U. Permainan Man U dan Chelsea sudah dapat diramal dan sememangya seperti yang dijangka oleh Alex Ferguson dan Carlos Ancelotti yang permainan pada malam ini adalah satu permainan yang sangat panas. Perkataaan panas di sini dapat diterjemah dan ditafsir kepada dua iaitu, panas rentak dan irama permainan di dalam padang dan juga panas para penyokong fanatik setan merah. Biarpun sudah terang lagi bersuluh , tapi rata-rata orang masih lagi menyokong si Setan Merah ini. Team ini sememangnya sudah terkenal dengan bermain dengan permainan kotor seperti slide 'kokse kokdam'. Sebagai contoh kita ambil permainan malam ini iaitu Fletcher yang menylide 'kokse kokdam' si pemain Chelsea iaitu Carvalho. Lagi contoh yang lain ialah pemain pertahanan Setan Merah iaitu Evans yang menerajang pemain idola Chelsea iaitu Didier Drogba. Biarpun Drogba itu tak handsome,tak patut pemain MU buat macam tu. Kesian betol kat Drogba apabila mendapat kad kuning daripada insiden itu..'som' la dengan pepatah melayu"sudah jatuh ditimpa tangga"..(hahaha...)

Tapi sebelum itu, ada satu peristiwa iaitu ketika para penyokong Setan Merah dan Singa Biru sedang ghairah dan stim menonton perlawanan secara live kat mahattoh muyyah..Masa itu, permainan sememangnya betul-betul hot dan sampailah kepada minit 76 dan Chelsea dihadiahkan satu sepakan percuma oleh referee yang sememangya sudah diberi tauliah bukan macam MAZA yang tak dapat tauliah tapi nak bagi ceramah jugak. Ref ni penulis salute la sebab dia menjalankan tugas dia dengan halal pada dasar di negaranya tetapi tidak kepada MAZA apabila negara kita iaitu Malaysia ataupun sekarang ini terkenal dengan 1Malaysia kecoh dengan penahanan MAZA oleh JAIS. Pastu, ramai pula yang nak membackup penceramah yang kontroversi ni sampaikan yang ada pangkat besar pun sanggup membackup. Padahal yang membackup tu ada yang tak pernah mengikuti perkembangan ajaran si MAZA ni. Dalam kesempatan ini, penulis ingin bertanyala kalau ada sape-sape yang nak mempertikaikan tindakan JAIS. Takkanlah JAIS nak buat kerja bodoh dengan menangkap orang yang tidak bersalah?? Orang-orang yang patut kita jauhi dan lebih baik untuk dijauhi ialah orang yang bodoh dan tak tahu yang dia sebenarnya bodoh a.k.a buat kerja bodoh.


No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.