Kontrak panjang untuk Eastmond...

Assalamualaikum...selamat sejahtera..salam selamat dan salam gembira dari warga editor ubibadok.blogspot.com. Berita panas yang baru diterima dari sumber Arsenal.

Berita terkini adalah tentang penyambungan kontrak Craig Eastmond. Pemain muda yang baru berumur 19 tahun ini telah menyambung kontrak unutk jangka masa yang panjang bersama dengan The Gunners. Ubi badok sudah menjagkakan yang tidak ramai pemain yang hendak keluar dari Arsenal. Sememangnya Arsenal adalah tempat untuk para pemain muda unutk mempamerkan bakat yang ada dalam diri mereka. Setuju tak..??Mungkin agak janggal kerana krew ubibadok hari ini mengupdate blog dengan bahasa Malaysia rasmi. Ini rentetan daripada pengunjung blog yang rata - ratanya adalah bukan dari Kelantan sahaja.

Berbalik kepada berita kita, Eastmond menandatangani kontraknya unutk kekal bersama dengan Arsenal pada hari ini. Craig Eastmond ni merupakan pemain yang menonjol untuk FA Youth Cup dan Premier Academy League pada musim lepas. Eastmond ini bermain di posisi bek kanan pada musim lepas dan berjaya menonjolkan bakatnya bersama first team pada musim ini untuk tampak lebih profesional.

Unutk musim ini, Eastmond menonjol bersama first team dengan bermain di posisi central midfielder bg piala Carling. Ini nampaknya memberi kesan kepada Eastmond kerana dia dapat membuat debut pertamanya untuk Liga Premier untuk perlawanan menentang Portsmouth pada 30 Disember yang lepas. Pada ketika itu, Eastmond masuk sebagai pemain ganti pada minit - minit akhir dengan keputusan perlawanan pada malam itu ialah menang 4 - 1. Syabas buat Eastmond!!!


Dalam piala Carling pula, Eastmond sepenuhnya sub yang tidak digunakakan ketika perlawanan pusingan ketiga menentang West Brom. Tetapi, itu tidak mengapa kerana untuk pusingan keempat iaitu match dengan Liverpool, Eastmond bermain sebagai kesebelasan utama dan menonjolkan bakatnya di hadapan Wenger sebagai midfield yang bakal menyinar di padang Emirates. Peringkat seterusnya, Eastmond ini turut disenaraikan dalam kesebelasan utama yang menyaksikan Arsenal tewas di tangan Manchester City dan lenyaplah piala Carling untuk musim ini. Tak apa..cuba lagi musim hadapan..haha..

Harap, Eastmond dapat meningkatkan lagi penampilannya dan juga mutu permainannya. Selamat berjaya Eastmond. Ganbate!! au revoir...

Kontrak panjang untuk Eastmond... Kontrak panjang untuk Eastmond... Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, January 14, 2010 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.