Ramadhan datang tanpa dipinta, berlalunya ia tanpa dihalang.
Saban tahun, Ramadhan akan datang. Cukup masa ia akan berlalu pergi. Andai umur
kita panjang, kita akan sempat merasai Ramadhan, andai jodoh dengan dunia ini
tidak panjang, selamat tinggal Ramadhan. Ramai yang tahu Ramadhan ini adalah
satu bulan yang mulia. Bulan yang mana Al – Quran diturunkan, bulan yang mana
syaitan akan dibelenggu sepanjang bulan, bulan yang mana terdapatnya seribu
bulan dan banyak lagi. Tapi, ramai mana yang tahu menikmati dan memanfaatkan
kemuliaan bulan ini? Ramai mana manusia yang pandai menghargai kemanisan bulan
yang agung ni? Satu persoalan yang saya lontarkan khasnya untuk saya sendiri
menjawabnya.
Ramadan itu akan terasa manisnya jika kita tahu bagaimana
cara untuk memanfaatkannya. Hot chocolate pun, jika tidak ada kemanisan di
dalamnya, tidak ada nikmatnya bukan? Kita ada gulanya, kita tidak gunakannya untuk
kelazatan hot chocolate kita. Bukankah itu satu kerugian? Bukankah itu juga
jelas satu kebodohan? Begitu juga Ramadhan, jika kita tahu di mana manisnya.
Kita akan berusaha untuk menjadikannya satu fasa yang baru dalam hidup kita.
Kita mahu jadikan Ramadan pada tahun ini adalah Ramadan yang paling bermakna.
Lebih baik daripada Ramadan – ramadan yang telah lepas. Tak ada yang lebih tahu
fasal manis dan nikmatnya Ramadan kecuali baginda junjungan kita, Nabi Muhammad
s.a.w. Dia tahu betapa manis dan sedapnya Ramadan, dia juga tahu bagaimana cara
dan kaedahnya untuk merasai betapa manisnya Ramadan.
Utamanya manis pada Ramadan itu adalah kerana adanya puasa.
Suatu ibadah yang sudah sinonim bila mana sebut sahaja bulan Ramadan. Lebih
dikenali juga dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia dengan bulan puasa.
Sibuk mengintai anak bulan di kala penghujung Syaaban. Ingin menentukan bila
kita akan berpuasa. Kalut bangun di dinihari untuk bersahur, bergegas menunggu
waktu maghrib untuk berbuka. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap amalan
anak Adam itu digandakan pahalanya, satu kebaikan seumpama sepuluh, hingga 700
kali ganda. Allah berfirman (dalam hadis qudsi) : Kecuali puasa, sesungguhnya
ia adalah untuk Aku dan Aku lah yang akan memberi ganjarannya. Dia meninggalkan
syahwatnya, makanannya kerana Aku. Dua kegembiraan bagi orang – orang yang
berpuasa, kegembiraan ketika berpuasa dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya,
dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari bau kasturi di sisi
Allah.” [ Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah R.A ].
Nah, kalam dari Nabi s.a.w, tidak mungkin kita boleh
berdusta. Orang yang betul – betul menjaga puasanya nescaya akan dapat merasai
manisnya. Mana mungkin orang yang puasa tapi melakukan perbuatan haram punyai
rasa gembira ketika ingin berbuka. Bukan begitu? Dia tidak dapat mengecapi
nikmat dan kebahagian berpuasa di siangnya. Dia leka dengan perkara – perkara yang
terkutuk. Seolah – olah puasa itu tidak memberi kesan kepada dirinya untuk
menjadi seorang yang lebih bertakwa dan dekat kepada Allah. Sehariannya umpama
hari – hari di bulan yang lain. Waktu berbuka hanya sekadar waktu makan malam
baginya. Hilang satu manis di bulan Ramadan. Manisnya berpuasa. Suatu ibadat
yang diganjari oleh Allah sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab
(mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa – dosa yang lepas.” [Hadis
Riwayat Al Bukhari dan Muslim].
Ramadan adalah di mana dikenali juga dengan bulan Al Quran.
Bulan di mana turunnya permulaan Al Quran. Nabi s.a.w juga menceritakan bahawa
malaikat Jibril membacakannya Al-Quran setiap tahun adalah sekali pada bulan
Ramadan, dan pada tahun kewafatan baginda, malaikat Jibril membacakannya dua
kali. [Riwayat Bukhari dan Muslim]. Dua kelakuan oleh makluk Allah yang paling
dekat dengan Nya pada bulan Ramadan iaitu dengan memperbanyakkan bacaan Al
Quran. Mukjizat untuk penduduk bumi akhir zaman. Mukjizat teragung untuk Rasul
yang teragung dan semestinya untuk umat yang teragung. Mungkin ia nya akan jadi
amalan yang teragung jika dibacakan pada bulan yang teragung. Bulan Ramadan
yang mana hanya diberikan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Tidak pada
umat - umat terdahulu.
Sungguh manis dan berertinya Ramadan kita kalau pada bulan
Ramadan ini kita dapat mengkhatamkan sekali Al-Quran. Dapat menghabiskan 30 juz
Al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini. Pasti kita akan rasa nikmat dan jauh di
sudut hati kita, mesti kita akan rasa bangga dengan diri sendiri. Mendabik dada
dengan pencapaian sendiri. Mungkin sebelum ni kita sibuk dengan perkara perkara
yang melalaikan, tapi dengan Ramadan kali ini, kita menanamkan azam dan target
untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dengan sempurna. Kita berjaya mendisiplinkan
diri kita. Berjaya membuang belengu rantai kemalasan yang mengikat anggota
badan kita. Cuba kita sehabis daya mencubanya, walaupun tidak dapat
menghabiskannya, secalit rasa kemanisan pasti kita kecapinya. Punyai masa untuk
Allah, punyai ruang untuk kalamNya. Lihat sahaja contoh para ulama dalam
memperbanyakkan bacaan Al – Quran pada bulan Ramadan. Sebahagian mereka
menghabiskan bacaan Al-Quran dalam masa tiga malam sahaja. Sebahagian mereka menghabiskan
dalam setiap satu minggu dan ada juga sebahagian mereka dalam setiap sepuluh
sehari khatam satu Al-Quran.
Mereka tahu apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Al – Quran
itu besar pahalanya jika dibaca. Tidak lah satu huruf yang dibaca itu diberi
pahala dengan satu juga, tapi dengan setiap satu huruf itu akan digandakan
menjadi sepuluh. Hadiah yang paling bernilai buat umat akhir zaman. Orang yang
mengerti dan menghayatinya sahaja yang tahu betapa manisnya ibadat tambahan
dilakukan dalam suasana diri ini sedang berpuasa kerana Allah. Contoh lain
adalah imam Syafie r.a, beliau akan mengkhatamkan Al- Quran dalam bulan Ramadan
sebanyak 60 kali dan beliau membacanya di luar solat. Allahuakbar. Tidak
setanding dengan amalan kita yang sekarang ni. Zaman yang semakin lalai dengan
pelbagai rekaan teknologi. Zaman gadget. Zaman masa yang serba serbi tidak
mencukupi. Kita yang semakin jauh dari zaman Nabi s.a.w ni paling kurang dapat
habiskan Al-Quran sekali dalam sebulan ni pun dah dikira okay. Sudah terpampang
kepuasan. Sekali dalam sebulan? Satu juz sehari? Banyak tu.. Muhasabah diri
balik, adakah kita betul-betul tidak cukup dengan masa dua puluh empat jam yang
diberikan oleh Allah. Kalau betul tidak cukup, sekurangnya kita membelek juga
dua tiga lembaran mushaf di kala usai solat subuh. Paling tidak!
Sebenarnya banyak lagi jika kita hendak hitung kemanisan
yang terdapat dalam bulan Ramadan. Barang manis ini adalah barang diminati oleh
orang ramai, barang yang ada padanya kualiti dan harga. Tapi, tak ramai yang
inginkan manis pada bulan Ramadan. Ramai yang mencari manisnya para gadis di
luar sana untuk di jadikan isteri, manisnya madu si lebah untuk menjadi penawar
kepada penyakit sehinggakan manis senyuman pun ada yang dikejarnya. Sungguh,
kita semua ini adalah manusia yang leka dan lalai. Orang – orang yang
terselamat adalah orang yang selalu berpesan dan saling menasihati pada
kebenaran. Dunia yang makin hari makin penuh dengan ujian, makin hari teknologi
makin canggih, dunia pesat membangun.
Pesatnya pembangunan jika tidak disertai dengan pesatnya nilai – nilai Islam,
nescaya umat Islam makin jauh dari pegangan Islamnya. Dunia yang mana Nabi
tidak akan turun lagi untuk memberi peringatan. Dunia yang bakal menuju
penghujungnya. Jika sekarang kita tidak bertindak, mati kelak mustahil kita
dapat menikmati manisnya Ramadan.
**saja mencuba untuk first time. tak tahu ni format jenis artikel ke rencana. haha
**FA sila komen ye. ulasan. wajib. baca sampai habis dulu. hee
Bagusnya. I can't write my usrah like this. Seriously. Jauh baiknya. Jealous dengan orang bahasa ni.
ReplyDeletedulu spm dapat A ek bm? hehe kidding..
ReplyDeleteuittt.. ostad ubibadok..
ReplyDeletepanjangnya esei..
hehe..
salam ramadhan. :)
manisnya ramadhan dgan amal malam hari.. siang hari menahan lapar .. Nak manis lg, puasa d jalan Allah.. memang nikmat..
ReplyDeletesemakin dah dewasa kenapa terasa ramadhan sekejap je.. =(
ReplyDeletep.s : ala baru aku tau ko ni pemalu..nak kad isi je form tu..sempt lagi.ptg ni baru nak masuk peti pos.
like yur entry :)
ReplyDeleteManis dan indahnya Ramadhan jika kte menhayati sepenuhnya.. sedih Ramadhan akan meninggalkan kita :'(
dh pos dah kad.ko lambat aku bagi e-card je la.
ReplyDeleteSalam sejahtera. awieomar.blogspot dengan seikhlas hati nak menjemput anda sertai game top "BLOGGER" untuk musim yang ke 4. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1, 2 & 3 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri, hanya komen di mana mana entri blog Awie Omar dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 4 : SURVIVOR SERIES. SEGALA SYARAT DAN PERATURAN AKAN SAYA IKUTI".". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :) http://awieomar.blogspot.com/2013/01/blogger-4-survivor-series-pengenalan.html
ReplyDelete