Wenger hanya memasukkan second team untuk melawan Benfica pada separuh masa pertama. Kalau perhatikan, Wenger macam nak tengok keserasian antara player second team bermain. Wenger seolah ingin mengenal pasti player yang betul - betul sesuai untuk digandingkan dan juga berperanan sebagai player untuk dirotatekan setiap minggu. Aku pasti yang Wenger ni minat sangat dengan Sonogo.
Memetik kata - kata Wenger :
Sonogo ni seperti jelmaan Adebayor. Fizikal, teknik dan skill yang sama dengan Adebayor. Kami membawa masuk Sonogo musim lalu dengan free dan ingin memastikan dia bermain dengan baik dengan Arsenal. Sebelum dia datang ke Arsenal, dia mengalami kecederaan dan mungkin aksi dia sekarang ni masih dihantui oleh kecederaan yang lalu. Kalau korang tengok gol yang dijaringkan oleh Sonogo sebelum dia mengalami kecederaan, tentu ia akan menggerunkan kamu semua (termasuk Van Gaal).
Diaby tak dimasukkan dalam skuad dan Wenger telah menjelaskan yang Diaby tidak mengalami kecederaan. Diaby dah semusim tak bermain dengan Arsenal. Kalau cedera lagi, angkat naik jadi stuff Arsenal je lah. Nak simpan jadi player memang buat penuh seat je. Katanya Wenger, "kalau aku boleh masukkan lebih daripada 22 orang pemain, aku dah masukkan dia dalam list. Ni pun dah lebih dan korang mahu aku beli pemain baru lagi.?"
Player yang baru dibawa oleh Arsenal untuk musim ini masing - masing bermain pada malam tadi kecuali Ospina. Sanchez masih tidak lagi fit sepenuhnya mengikut Wenger. Chambers bermain dengan baik dan aku rasa Wenger semakin berminat dengan player England. Wenger seolah - olah ingin mengangkat naik nama England balik di persada dunia setelah kecundang teruk di Piala Dunia yang lepas. Nak harapkan Welbeck? Hihi.
**Gol Sonogo malam tadi tak bahaya langsung, tapi kaw - kaw dia celebrate sampai tersadung. Hehe
**Setakat ni, Bellerin memang boleh ambil tempat Jenkinson memandangkan Jenkinson pun tengah loan sekarang ni.
**Kata Wenger, Campbell akan kekal dengan kelab dan tak akan kemana - mana pada musim ni.
**Wenger menegaskan dia tidak akan membeli Khedira.
![]() |
Jelmaan Adebayor? Hihi |
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.