CUTI-CUTI DI SEMPORNA, SABAH



19 Disember 2020

Kami mengambil flight Kuala Lumpur ke Tawau pada awal pagi 19hb. Flight paling awal adalah pada 6.15. Nasib kami baik sebab waktu Subuh awal dan kami sempat solat sebelum bertolak. Flight kami mengambil masa 2 jam lebih sehingga 3 jam untuk sampai ke Tawau.


Aku mengambil pakej daripada Awys atau nama sebenarnya adalah Darwys dan aku mengambil paling murah yang diberikan olehnya. Pakej berharga RM 650 untuk melawat 10 pulau siap dengan makan 3x sehari, pengangkutan pergi dan balik dari airport Tawau ke Semporna, peralatan snorkeling, permit masuk taman laut dan pulau-pulau  dan juga tempat tinggal. Murah kan? Cumanya untuk pakej ini, kami tidur di pekan Semporna untuk 3 malam. Jadi, tak ada nak bangkit dari tidur nampak air laut yang membiru dengan burung-burung yang berterbangan mencari makan.


Ketika kami sampai di airport Tawau, sudah ada driver yang menunggu kami untuk mengambil kami ke pekan Semporna. Airport ke Pekan Semporna mengambil masa kurang dari sejam. 50 minit lebih kurang. Kami diturunkan di Jeti Pelancongan dan driver tu minta untuk kami pergi ke Mydin Lodge. Mydin Lodge tu adalah chalet di atas air dan disitu rupanya pejabat operasi Awys.


Kami sampai di Mydin Lodge dan disambut oleh Fazlin. Kami diminta duduk berehat dan kami diberi pilihan oleh Lin sama ada untuk makan tengah hari dulu atau pergi hiking bukit tengkorak terlebih dahulu. Kami memilih untuk makan tengah hari dahulu. Biarpun baru pukul 11 pagi, kami memilih untuk makan memandangkan perut sudah lama berkeroncong. Makanan ini sudah termasuk di dalam pakej dan makanan yang ada cumalah masakan panas buat masa itu. Masing-masing order nasi goreng. Biar makanan berat sikit. Haha.


Selepas makan, lepak-lepak duduk bersahaja dekat 40 minit, Lin bagitau yang kereta sudah menunggu untuk membawa kami ke tempat tinggal. Sebuah kereta gen 2 hitam sudah menunggu kami, dan kami di bawa ke pekan Semporna yang dalam 500 meter dari Mydin Lodge. Sampai di Awys Backpacker, kami diminta untuk meletak barang dan segera turun untuk hiking bukit tengkorak. Tidak lama kami dibawa ke atas, berjumpa dengan house keeper yang pure Sabah. Tidak kedekut dengan senyuman. Apa yang nak diharapkan dengan bilik backpackers? Mestilah katil tingkat macam kat asrama. Cumanya bilik itu dilengkapi dengan air cond. Okay lah kan?


Kami solat di bilik dan terus turun ke bawah kerana kesian driver lama menunggu. Kami dibawa ke Bukit Tengkorak. Sampai di starting point, kami hiking ke bukit tengkorak. Tak hiking juga sebenarnya sebab dari awal sampai puncak, semuanya sudah dilengkapi dengan tangga yang dibina dari kayu. Tingginya dalam 300 meter dan korang boleh nampak view yang cantik ketika sampai di puncak. Nampak pokok-pokok kehijauan dan juga lautan yang membiru dari jauh. Okay lah. Pesanan dari aku, sila bawa topi atau penutup kepala kerana boleh tahan panasnya di atas sana.


Lama juga kami di atas sana. Banyak port yang cantik untuk bergambar. Kalau korang pergi ramai, lagi lama dekat atas tu. Masing-masing dengan 10 jenis posing untuk bergambar. Hadaplah korang. Haha. Kami turun dan tak sempat masuk ke muziumnya kerana driver nampak tergesa untuk pergi. Siap dalam kereta dah. Tempat kami seterusnya adalah untuk ke Tiger Scuba Driver Resort. Apa pun tak ada kat sini, cumanya resort ini tempat filem Duyung dirakamkan. Tempat biasa je. Chalet di atas air dan ada restoran Cina. Masuk je pagar resort ini, korang kena bayar RM 2. Tak ada port yang cantik. Bagi aku, korang tak perlu datang sini. Tak ada apa-apa. Rugi masa rugi duit. Hahaha.


Selesai di Tiger Scuba Driver, kami dibawa pulang ke dorm kami. Kat sini maghrib awal kerana matahari tenggelam awal. Pukul 6.15 dah masuk maghrib. Jadi kami sampai tu kiranya dah nak malam. Apa lagi, naik ke dorm dan mandi serta siapkan diri untuk makan malam pula. Untuk makan malam, kami perlu ke Mydin Lodge. Jaraknya antara 500-600 meter untuk ke Mydin Lodge. Kami boleh pilih sama ada untuk pergi ke sana dengan grab atau berjalan kaki. So? Nama lagi backpackers kan. Jalan kaki sudah. Tapi, kat sini banyak anjing-anjing berkeliaran. Kiranya hati-hatilah dan doakan supaya tak jumpa dengan anjing yang garang.


Menu makan kami memang puas hati kerana semuanya seafood. Dan pada malam itu, kami bernasib baik kerana tuan punya resort tu ada buat majlis hari jadi cucunya. Jadinya kami dapat tumpang makan ayam bakar dan juga sosej. Makan di atas resort yang dibawahnya laut memang suatu pengalaman yang baru. Kadang-kadang risau juga bila tempat kau berpijak tu bergoyang bila angin datang menyapa bersama dengan gelora air laut.


Malam tu tak ada buat apa-apa. Hanya pulang dengan berjalan kaki dan tidur. Faham-faham la. Mesti main handphone. Haha

20 Disember

Pagi lagi aku mesej Awys macam mana perjalanan kami untuk pagi ini. Katanya hari ini kami akan melawat 3 pulau iaitu Mabul, Kapalai, dan Gusungan tu pun kalau sempat. Sebab kat sini semua bot mesti pulang ke jeti sebelum pukul 4. Bermakna tidak ada bot yang berkeliaran di atas laut selepas jam 4 petang. Ini apa yang aku faham dengan maksud perintah berkurung yang berlaku di Semporna.
Pagi itu kami sarapan di Restoran Faizal. Betul-betul di bawah hostel tempat kami tinggal. Makan pagi tu kami bantai je nak makan apa. Nanti tuan kedai akan catit berapa harga. Tapi harga tu kami tak bayar la sebab semuanya sudah dalam pakej. Jadi, maaf lah kalau kami makan banyak. Tapi janji habis tidak membazir.


Pukul 9 kami sudah berada di Mydin Lodge. Sejam juga nampaknya kami menunggu di situ sampailah bot kami tiba. Bot kami tiba dan di dalamnya sudah ada dayang-dayang yang dari Sabah untuk turut bergerak ke Mabul. Pemandu bot kami adalah anak jati Sabah iaitu Muhsin dan Ali. Tanpa berlengah, bot berkuasa 1500 kuasa kuda terus memecut laju meninggalkan jeti Mydin Lodge membelah air laut menuju ke Pulau Mabul. Perjalanan kami agak jauh. Mengikut driver bot, perjalanan kami memakan masa sejam. Mujurlah air laut tidak bergelora dan bot yang kami naik tenang sahaja.


Kami sampai di Pulau Mabul. Driver bot memberi pilihan kepada kami untuk naik ikut resort atau naik ikut kampung. Kalau ikut resort, perlu bayar RM 30 sebagai caj dan kalau ikut kampung cuma bayar sebanyak RM 5. Kami semua sebulat suara bersama dayang-dayang dari Sabah untuk naik ikut kampung sebab faktor harga. Di sekeliling pulau itu sudah nampak orang-orang Bajau yang mengayuh perahu. Dalamnya terdapat kelapa untuk dijual kepada pelancong dan ada juga lobster dan hasil tangkapan laut yang lain untuk ditawarkan kepada pengunjung yang datang.


Kami naik meniti jambatan dan pemandangan yang kami lihat adalah jambatan yang sudah usang. Kadang-kadang risau juga kalau terpijak kayu yang reput, nanti menjunam ke bawah la bersama basah kuyup baju. Haha.


Berada di perkampungan orang Bajau di Mabul adalah satu pengalaman yang baru bagi aku. Boleh lihat suasana mereka di kampung yang boleh dikatakan amat banyak bezanya dengan kampung-kampung yang pernah aku lalui. Mereka langsung tidak berselipar dan boleh dikatakan rumah antara rumah yang lain begitu dekat. Seolah-olah tidak ada garis persempadanan dan seolah-olah Pulau itu Cuma ada satu nama sekiranya terdapat geran tanah.


Di sana terdapat sekolah (madrasah), surau dan perkuburan orang Islam. Boleh dikatakan yang mereka ini majoritinya adalah orang Islam. Siap ada kain rentang lagi program dakwah yang diadakan oleh NGO Islam di Malaysia, tapi tahun 2016 la. Dah lama dah. Kami pergi ketika itu adalah waktu solat Jumaat, walaupun nampak ramai yang seakan-akan tidak mengendahkan waktu wajib untuk semua Muslim pergi ke masjid, masih ada lagi beberapa kelibat penghuni pulau tersebut yang berjalan berpakaian solat menuju ke masjid. Alhamdulillah. Islam masih ada di merata tempat di bumi ini.


Suasana amat panas semasa di pulau itu. Disana juga terdapat balai polis, dan sebahagian kawasan lagi dipenuhi oleh resort-resort yang nampak mewah. Berbeza langit bumi dengan penempatan orang-orang kampung di situ. Dan berbeza juga dari segi kebersihan di resort tersebut kerana boleh dikatakan kawasan resort di situ amat bersih dari sampah sarap.


Sudahnya kami naik bot dan pergi berdekatan dengan water bunggalow resort. Sebuah resort di atas air berdekatan dengan pulau mabul. Di situ bot kami melabuhkan sauh dan masa untuk snorkeling! Kat sini tidak ada coral sangat. Jarang sangat. Dan coral pun macam coral sangkar. Yang dipelihara. Haha. Kat sini boleh basah-basah badan je. Arus masa tu kuat. Kena kayuh sehabis kuat untuk melawan arus, baru boleh sampai semula ke bot. Penat weiii. Hahaha.

Boleh tahan penatnya. Yang dayang-dayang ni nasib baik la. Abang bot tarik mereka dengan pelampung. Jadi diorang ni santai je pakai life jacket lepas tu pegang dekat pelampung tu. Lepas tu tunggu la abang bot ni bawa mana diorang nak pergi. Macam dayang betul kan? Haha


Kami meneruskan perjalanan ke Kapalai. Di hadapan kami adalah resort yang terapung di tengah laut. Katanya abang bot, kapalai tu tak ada pulau pun, yang ada Cuma resort tu je. Aku pun pelik, kenapa dinamakan pulau kapalai kalau tak ada pulau? Mungkin sudah tenggelam? Haha.

Kat situ juga masa untuk snorkeling. Cuma abang bot pesan jangan melepas tali yang sudah ditanda kerana resort itu adalah kawasan private. Orang-orang marhaen macam kami tak boleh masuk. Anak raja kayangan je yang boleh masuk. Haha. Aku dah penat dan kat kapalai ni aku dan dua lagi kawan tidak turun. Hanya menghabiskan masa berborak di atas bot. Cuma dayang-dayang sahaja yang beraksi dengan abang bot.


Hari itu kami Cuma sempat dua pulau sahaja dan untuk ke pulau gusungan memangnya tak ada peluang kerana hari sudah mahu gelap. Bot terus membawa kami ke Mydin Lodge. Perjalanan memang betul-betul jauh dan boleh terlena di atas bot sementara bot sampai di jeti. Malam kedua seperti malam semalam. Kami pergi ke hostel dan turun semula ke Mydin Lodge untuk makan malam pada jam 8 malam. Kemudian pulang semula ke hostel untuk tidur dan cas tenaga.


21 Disember

Awal pagi lagi kami sarapan di bawah hostel kami. Selepas itu terus bergerak dan menanti bot di Mydin Lodge. Untuk hari ini, bot Muhsin dan Ali juga tetapi di pertengahan jalan, aku bertiga terpaksa menumpang bot orang lain kerana bot Muhsin dan Ali ingin mengambil penumpang di enggang-enggang resort dan tidak ingin terlebih muatan.


Hari ini, kami pergi pulau Bohey Dulang. Istimewanya Bohey Dulang ini adalah perlunya untuk kami ke hiking hingga ke puncak dan kami akan disajikan dan pemandangan yang sangat indah. Pemandangan yang sekelilingnya dipenuhi dengan birunya lautan bersama tompok-tompok hijau pulau-pulau kecil  yang berselerakan.

Nasib kami hari ini baik biarpun malam semalam hujan lebat kerana trek untuk hiking dibuka untuk orang awam. Trek ini sudah beberapa hari tutup sebelum ini untuk kerja baik pulih tangga  dan hari itu adalah hari pertama dibuka untuk orang ramai. Tapi kami tidak bernasib baik kerana peserta tidak dibenarkan untuk hiking tanpa kasut.


Tetapi… ada tetapi ya. Peserta boleh sewa kasut getah yang disediakan dengan bayaran sebanyak RM 5. Fuhhhh.. baik betul bisnes. 2 kali sewa dan dapat harga modal dah kasut tu. Tapi nasib la.. korang tak bawa kasut. Kalau nak naik juga, bayarlah RM 5 tu untuk harga sepasang kasut.


Katanya Muhsin, tinggi bukit yang kami akan panjat tu dalam 600 meter. Mak aii.. kalau 600 meter tu tinggi betul. Boleh penat dan boleh pewai. Alang-alang sampai, kami terus panjat. Treknya tidak begitu sukar dan pacaknya pun tidak sekejam pacak gunung Ulu Sepat. Tapi masa tu trek sangat ramai dan sesak macam pasar malam. Boleh tengok pelancong-pelancong Cina Cuma pakai skirt je naik atas tu.


Hampir sejam kami tiba di atas sana. Fuh.. memang pasar malam. Penuh orang di puncak untuk bergambar. View dia memang terbaik. Subhanallah. Betul-betul cantik. Air laut yang membiru seluas mata memandang dan ada pulau-pulau yang menghijau di sekitarnya. Rasa macam dah jadi Raja Lanun dalam watak One Piece, mencari di mana pulau ‘laugh tale’. Haha.


Tak lama aku duduk situ. Tempat yang penuh sesak, tambah pula dengan bahang matahari yang sangat panas, dengan beberapa keping gambar aku terus mencari tempat untuk berteduh dan jauh sikit dari orang ramai. Menunggu member siap bergambar.




Sampai bawah, kami terus dibawa untuk snorkeling ke Mantabuan. Di tengah laut, terdapat tempat yang cetek yang dipenuhi oleh coral. Sangat cantik, airnya biru  dan sebahagiannya pula kehijauan. Sebiji macam gambar dalam google yang aku tengok.


Penat snorkeling di Mantabuan, kami dibawa pula ke Sibuan. Kat sini pantainya memang cantik. Pasirnya memutih dan di hijau pantai boleh tengok laut dari sebelah kanan dan sebelah kiri bertembung atau dari belakang dan depan bertemu satu sama lain. 


Serius, pemandangannya yang sangat cantik. Aktiviti kat sini cuma bergambar dan mandi air laut sahaja. Ombaknya juga tidak deras dan sesuai untuk santai-santai melayan masinnya air laut.


Habis saja, kami terus dibawa bot untuk pulang semula ke Pekan Semporna. Aktiviti malam seperti biasa. Akhirnya lena dalam keletihan dalam masa yang sama turut kekenyangan.



22 Disember

Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap dan sudah packing barang-barang. Plannya kami terus check out dan tinggal barang kami di Mydin Lodge. Kiranya nanti lepas siap aktiviti hari ini, kami terus naik van dari Mydin Lodge untuk ke airport.


Usai sarapan di Restoran Faizal, kami terus ke Mydin Lodge dan menunggu bot. Hari ini kami dibawa oleh Idris sebagai boatman. Destinasi kami adalah Timba-timba, Mataking dan juga Pom-pom. Dekat sejam juga kami menaiki bot hinggalah sampai di pulau timba-timba. Jauh betul perjalanan hari terakhir ni.


Pulau timba-timba juga sangat cantik. Cuma ketika kami sampai tu cuaca sangat panas dengan matahari betul-betul berada di atas kepala. Pulaunya sangat panjang dan kiri kanan boleh nampak dengan jelas air laut. Kalau bawa drone kat sini, memang superb gambar. Mengancam habis.


Sini tak lama, dekat setengah jam sahaja dan panasnya tidak boleh bawa bincang. Korang yang plan nak berlumba lari dengan kawan-kawan setakat 200 meter kat sini tu boleh la. Baru nampak macam orang tak ada akal korang berlari tengah-tengah panas di pasir pulau yang panjang. Hahaha.


Kami kemudian dibawa ke pulau Mataking. Pulau mataking ada 2 iaitu mataking kecil dan mataking besar. Kami singgah di mataking kecil untuk makan tengah hari. Pulau ni juga cantik dan ada pohon-pohon kecil untuk kami berteduh. Makan nasi lauk ayam kicap sambil berteman dengan angin laut yang menghempas muka itu adalah satu yang mendamaikan. Biarpun bahang panasnya terasa.


Siap makan tengah hari, kami dibawa melalui pulau mataking besar. Kami tak singgah. Cuma boatman cakap kalau air surut, kami akan nampak pulau yang bersambung. Ketika kami lalu, ada air laut yang memisahkan dua pulau yang kecil bermakna air ketika itu sedang pasang. Maknanya kalau air laut surut dan pulau itu bercantum, jadila pulau tersebut satu pulau besar. Sebab tu ianya dinamakan dengan Mataking Besar. Macam tu ke? Haha. Kat sini, bot juga menjatuhkan sauh tapi jauh sikit dari pulau mataking besar. Katanya kami tidak dibenarkan pergi ke pulau tersebut kerana pulau itu adalah pulau persendirian. Kami cuma bermain air dan snorkeling di sekitar kawasan itu sahaja.


Bot sudah bersiap untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di hadapan pulau yang diatasnya terdapat resort yang begitu besar. Boatman cakap kalau nak naik ke pulau tersebut kena bayar RM 5. Entah la, macam private island pula kan? Bot berhenti berdekatan pulau tersebut dan masa untuk snorkeling. Aku dah tak larat nak snorkeling. Duduk atas bot sambil berjemur je lah. Haha. Jemu dah hadap snorkeling.


Matahari makin jatuh, dan bot kami sudah menuju ke jeti Semporna petanda aktiviti kami untuk hari ini akan berakhir. Kami sampai ke Jeti dan menumpang mandi serta menyiapkan diri di Mydin Lodge dengan bayaran RM 1 sahaja. Sungguh baik owner Mydin Lodge. Terima kasih atas kebaikan anda kepada kami.


Siap semua mandi, kami menunggu kereta untuk ambil kami dari jeti ke airport Tawau. Masa ni la baru kami nampak si Awys datang dan bertanya khabar tentang kami. Selama 4 hari di Tawau, ni kali pertama kami berjumpa dengan owner pakej yang kami berurusan. Awys ni orang yang peramah dan banyak bercerita. Sempat dia bercerita tentang pengalaman dia menjalankan pakej di sini dan bagaimana keadaan pelancong-pelancong di sini. Tidak lama kami dengan Awys kerana kereta sudah siap menunggu kami untuk ke airport.


Maka, berkakhirlah percutian kami ke Semporna. Puas hati la walaupun masih terasa untuk merasa tidur di atas chalet yang di atas air. Haha. Okay, next kita repeat untuk trip ke Sibuan sahaja.


CUTI-CUTI DI SEMPORNA, SABAH CUTI-CUTI DI SEMPORNA, SABAH Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, January 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.