AYAM PERCIK KELANTAN TERBAIK!



Baru-baru ni nampak sorang brader ni duk update status ayam percik hasil air tangan sendiri yang padu. Ayam percik yang kaw dan rasanya yang sangat kick. Siap cakap aroma ayam yang diperap rempah ratus, bila dibakar dengan arang akan menerjah hidung ketika mencobek isi ayam untuk santapan.

Hmm. Aku fikir marketing je tu. Ayam percik rasanya sama je. Rasa ayam la. Takkan rasa daging wagyu pulak. Pandai la tu nak umpan orang yang tengah lapar berpuasa.

Lepas tu, keesokannya naik pula status brader ni. Kali ni siap dengan testimoni customer. Ada customer cakap ayam percik yang dia beli dari brader ni memang yang terbaik pernah dia try.

Dia siap cakap lagi, jarang dia puji masakan orang lain selain masakan bini dia melainkan masakan tu betul-betul sedap. Hmmm. Brader ni upah dia untuk bagi testimoni positif kot?

Lagi lepas tu ada lagi customer yang cakap ayam percik brader ni sangat besar bahagiannya. Sampai tambah nasi 2 kali pun ayam tak habis-habis lagi. Sedap, jimat, untung. Betul ke brader ni guna isi ayam? Sangsi pula aku.

Kuahnya pekat, likat, melekit lepastu banyak pula. Sampai meleleh. Tak kedekut. Tak kedekut santan katanya! Ya ke orang meniaga sekarang ni tak kedekut? Macam tak nak untung je. Haish.. tak boleh jadi ni. Betul2 sedap kot ayam percik brader ni.

Akhirnya aku tewas. Terus contact brader ni nak order seekor ayam percik dia. Teruja betul bila contact brader ni. Laju betul dia respon. Tangan sambil kibas ayam percik, sambil taip wasap kot brader ni. Multi task gitu. Brader ni cakap esok dia akan hantar terus ke rumah aku. Hantar rapat ke tangga katanya. Eh eh brader ni. Biar betul. Banyak betul kata-kata manisnya.

Tapi memang betul la, brader ni betul-betul parking keretanya rapat di hadapan tangga rumah aku. Aku pula yang suruh dia undur ke belakang. Nanti runtuh tangga rumah aku. Packaging dia cantik. Dalam bekas lutsinar yang dilitupi plastik ‘gelenya’ yang ditulis nama aku atas tu. Aaahh. Plastik gelenya tapi bila ditulis nama kita, macam eksklusif pula. Pandai betul brader ni main emosi.

“Terbaik la bos. Hantar rapat tanggo sungguh. Bos napok semak hari ni. Keto comel. Bojeng semak. Body tuff. Pak spek supo Mawi sekali tengok. Duo kali tengok supo Awie. Duk raso aye percik bos sedap sungguh ni tengok ko tuwe jong buat.”

Aku sengaja puji brader ni. Dengan harapan dapat free caj cod. Biasa orang kelantan cakap, ‘panda kecek buwi sajo’. Kali ni boleh test betul-betul menjadi ke tak.

Ahhh...ternyata eksperimen menjadi kali ni.

“Bos panda sungguh ngepong, kawe wi free caj cod ko demo hari ni. Setakat ni demo jah wak oyak kawe semak. Nanti kalu aye tok sedap, bos oyak ko kawe deh. Kalu sedap bos ordar lagi lah.”

Disebabkan brader ni bagi free cod. Aku rasa nak ceritalah yang ayam percik buatan brader ni memang padu teruk. Semua testimoni kat atas tu betul. Ayam besar. (Harap betul lah brader ni guna ayam). Kuah pekat melikat, tak kedekut santan. Rasanya yang sedap bersama dengan aroma yang menusuk hidung. Masa makan tu kena hayati betul-betul tiap saat yang berlalu.
AYAM PERCIK KELANTAN TERBAIK! AYAM PERCIK KELANTAN TERBAIK! Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, May 04, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Terhibur baca gaya penulisan ni.. heheh jarang baca blog org sampai tergelak2. hahaha adoii... done follow bro, #703

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.