JOM INFAQ UNTUK PEMBELIAN TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH


Sekolah ni tak femes pun sebenarnya, tapi ramai yang tak tahu sebenarnya sekolah ini adalah cawangan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Dan aku merupakan salah seorang pekerja di sana buat masa ini.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2006 disebabkan terlalu ramai permintaan dari dalam dan luar negara yang ingin menjadi pelajar di MTAQ PC. Jadi, dinamakan sekolah ini dengan nama MTAQ BC atau nama rasminya Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, beralamat di Banggol Chicha (BC) Pasir Mas.

Nanti kalau permohonan tingkatan satu dah berjaya, ada yang akan ke PC dan ada yang akan ke BC. Jadi, bermulalah perjalanan “Road to Al-Hafiz” mereka seawal tingkatan 1 yang mana sistem pembelajaran yang sama digunakan sama ada di PC atau di BC.

Dulu-dulu, pelajar dekat BC ini cuma setakat tingkatan 4. Bila masuk tingkatan 5, mereka punya pas khusus untuk sambung di PC. Ramai antara mereka yang bila dah masuk menjadi pelajar PC, mereka tak mengaku dah mereka ini dulu pelajar BC. Tak percaya cuba tanya mereka. Boleh tanya Fawwaz Faisal atau Arif Akasyah Md Nasir.

Jadi, aku cuma nak war-warkan yang MTAQ BC sekarang ini memerlukan dana yang agak besar untuk membeli tanah. Bagi yang pernah bersekolah di BC, tahulah mereka yang sekolah BC ni tak berapa nak luas sehingga mereka gelarkan sekolah ini adalah penjara Asriah. Kadang-kadang mereka membayangkan diri mereka adalah Michael Scoffield. Selalu berfikir untuk lolos dari penjara.

InsyaAllah, bila mana duit dah mencukupi, pihak sekolah akan membeli tanah ini dan ianya akan digunakan untuk pembelajaran Quran, agama dan juga akademik di sini. Jadi, sekiranya berkemampuan, sedekahkanlah sedikit untuk pembelian tanah ini. InsyaAllah besar ganjarannya di sisi Allah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.



Kalau boleh beli ayam percik padu 2 3 ekor, kalau boleh beli nasi arab mandy lauk kambing 2 3 talam, kalau boleh beli murtabak raja 2 3 biji, kalau boleh beli nasi beriani lamb shank 2 3 bekas, takkan tak mampu nak sedekahkan beberapa ribu untuk pahala akhirat. Mana tahu, disebabkan sedekah kita hari ini, boleh makan nasi arab mandy kambing setiap masa di syurga Allah nanti. Mana tahu kan?

********

Sumbangan boleh disalurkan kepada:-

Akaun : PIBG MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH
Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
No. Akaun : 03027010037358
JOM INFAQ UNTUK PEMBELIAN TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH JOM INFAQ UNTUK PEMBELIAN TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH Reviewed by Hafizin Jamil on Tuesday, May 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.