PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020


PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020

Hari ini PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah berucap untuk seluruh penduduk Malayia dan sebenarnya ucapan ini adalah ucapan yang dinanti-nantikan memandangkan perintah PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan tamat pada 12 Mei ini (lusa). Jadi, sekiranya tidak ada apa-apa pengumuman dari kerajaan, ini bermakna PKPB tersebut akan berakhir dan tidak ada lagi sekatan dan peraturan-peraturan baharu berkenaan dengan kawalan penyakit berjangkit yang akan diaplikasikan. Oh ye apa itu PKPB? PKPB tu adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Rakyat Malaysia mungkin sudah cemuh denga perkataan ini. Awalnya dikenali dengan PKP, lepas tu ada PKBD lepas tu sekarang ni PKPB dan sehingga ada yang melawak lepas ni jadilah PKPK Sendiri; PKPC, PKPD.... Hahaha. 

BONUS HARI RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2020

Apa yang aku jangkakan adalah pengumuman Bonus Hari Raya Aidilfitri 2020 kepada penjawat awam. Tetapi ternyata sangkaan aku meleset sekali. Tidak ada langsung pengumuman bonus daripada ucapan PM pada petang tadi. Biasanya seperti tahun-tahun sebelumnya, akan ada pengumuman daripada kerajaan berkenaan dengan bonus aidilfitri untuk penjawat awam. Semasa kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), sebenarnya boleh boleh agak dah yang bonus raya tidak ada tahun ini memandangkan sudah banyak duit yang dihabiskan oleh kerajaan untuk rakyat dan BPN itu sendiri merangkumi sekali termasuk kepada penjawat awam. Mana yang layak, dapat la. Mana yang kaya seperti manusia yang tinggal di kayangan, memang tidak dapat apa lah. Tapi, ada yang suka bagi harapan palsu, siap ada surat dari Kementerian Kewangan berkenaan dengan kelulusan bonus aidilfitri kepada penjawat awam 2020 daripada Perdana Menteri! Ah.. harap-harap ianya betul sebab BPN tu aku tak dapat nak merasa. Tapi bukan sebab aku golongan kayangan ye. 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020

Apa yang menarik juga dalam ucapan PM petang tadi, PM mengingatkan supaya sambutan Aidilfitri tahun ini disambut dengan sederhana. Dibenarkan menziarahi sesama jiran dan ahli keluarga yang berada di dalam daerah yang sama yang mana untuk satu-satu masa tidak lebih 20 orang yang berhimpun. Tetapi ada khabat yang menyedihkan juga, iaitu tidak dibenarkan rentas daerah bagi yang ingin pulang beraya bersama dengan ibu bapa di kampung. Katanya PM, sabar dahulu... kita bagi COVID-19 ini betul-betul senyap di negara kita. Sebenarnya PM tu tak nak bagi orang bersesak di atas jalan raya. Kalau nak balik, pandai-pandailah cari alasan yang munasabah dengan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia atau pun dengan surat daripada polis. Untuk sekarang ini, merasalah beraya di tempat orang. Duit raya untuk anak saudara pun jimat kan berbanding kalau raya dekat kampung? Haha.

RINGKASAN PERUTUSAN KHAS PM

Intipati Perutusan Khas PM 10 Mei 2020

1. Kepatuhan rakyat memuaskan.
2. Peratusan sembuh tinggi.
3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 - 18 bulan.
9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
13. PM menasihati supaya rakyat bersabar.
14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
15. Pastikan rumah sentiasa bersih.
16. Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
17. Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. Jaga jarak.
18. SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula. 
19. Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
20. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
21. 2.3juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11bil.
22. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
23. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
24. Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
25. Selamat Menjalani ibadah puasa.
PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020 PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020 Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, May 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.