REVIEW : NASI ARAB MANDY HAJI CHEF FAIZ TERBAIK!

Bagi penggemar Nasi Arab Mandy yang berada di Kelantan, aku cadangkan untuk cuba Nasi Arab Mandy Chef Faiz. Nasi arab dia ni betul-betul sedap dan hampir-hampir nak sama rasanya dengan Nasi Arab yang aku selalu makan semasa belajar di Madinah dulu.

Nasi Arab beliau ni, jika dimakan begitu sahaja pun sudah sedap sebenarnya. Tapi, nak rasa yang lebih sedap, boleh request lauk ayam dan kambing. Kalau special lagi, boleh minta lauk arnab. Tapi kalau tak makan daging haiwan darat, boleh request dengan taukey dia nak daging haiwan laut. Dia boleh buat lauk ikan tilapia, ikan merah, ikan keli dan lain-lain ikan yang ada stok dengan beliau.

Nasi Arab Mandy dengan Lauk Arnab. Paduuuuu..

Aku cuba lauk arnab haritu memang betul-betul padu. Makan sehingga lupa dunia. Tapi awas!! Arnab tu kalau sekali tengok memang bentuknya macam kucing parsi. Haha.

Bau nasi dia sungguh mengasyikkan. Aromanya menusuk hidung, menyebabkan semakin bertamboh selera ketika makan. Kalau nak lagi sedap, semasa makan tu kena makan sekali dengan bawang dan cili yang disediakan. Hok alohhhh.. jadi pejam mata semasa makan tu. Kenapa? Sebab sedap yang terlampau. Allahu. Nikmat Allah semasa di dunia ni.

Dengar-dengar, bos dia selaku tukang masak ni sudah lama berada di Saudi dan jadi tukang masak untuk jemaah haji Malaysia.

Yang mana nak order, boleh terus contact taukey dia. Boleh search di FB nama Haji Chef Paih. Bos dio ni kacak, time cod pun dia amalkan penjarakan sosial. Pakai mask. Pakai perfume. Terbaik. Sporting. Mesra pelanggan. Kalau whatsapp masa Maghrib pun dio balas lagi. Masa contact tu, sebut namo aku sekali kot-kot boleh lauk lebih seketul dua. Haha.

Taukey Sendiri Yang COD

Bagi sesiapa yang nak resipi nasi arab mandy yang terlampau sedap ni, boleh juga contact dengan taukey dia. Tapi tak tahu la sama ada taukey dia ni nak bagi tak resipi dia ni dekat orang ramai. Kang tak laku pula nasi dia nanti. Hahaha.

*******
Mahu buat bisnes delivery makanan? Boleh tengok panduan di bawah. Mungkin boleh jadi sebagai side income untuk tambahkan lagi pendapatan. Mana tahu. Rezeki kan? Boleh klik gambar di bawah kalau-kalau berminat.

REVIEW : NASI ARAB MANDY HAJI CHEF FAIZ TERBAIK! REVIEW : NASI ARAB MANDY HAJI CHEF FAIZ TERBAIK! Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, May 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.