FOOD REVIEW : NASI BERLAUK KAK CHIK TERSEDAP DI KELANTAN?

TEMPAT MAKAN BEST DI KELANTAN?

Mencari tempat makan best di Kelantan? Tempat makan sedap di Kelantan? Jadi, ini posting berkaitan dengan salah satu tempat makan yang best di Kelantan.

Tempat ini adalah tempat yang boleh dikira best la makanan dia. Ini adalah pandangan peribadi aku. Tapi makanan dia ni sebenarnya sudah jauh tersebar di merata dan pelusuk jajahan tanah Malaysia. Pergi je mana-mana bandar utama di Malaysia, mesti ada makanan ni. Makanan apa?

Makanan yang aku maksudkan adalah Nasi Berlauk Kak Chik. Korang yang selalu makan nasi bungkus yang dijual tidak kira masa, sama ada pagi, tengah hari atau petang dan juga malam mesti perasan ada gerai-gerai yang jual nasi bungkus dengan jenama Kak Chik ini. Tak pun ada brader-brader yang pacak payung dan jual nasi ni di tepi jalan.

Asal usul Nasi Berlauk Kak Chik ini adalah dari Kelantan. Lebih tepat lagi adalah di Berangan, Tumpat. Sekarang ni kedai dia sudah upgrade dan sudah dapat menampung ramai orang. Dibuka seawal 7 pagi dan terakhir sekali aku pergi, kedai dia tutup jam 10.30 malam. Mungkin sebab sekarang ini adalah musim PKPP. Tapi, untuk orang tapau banyak-banyak dan jenis tempahan untuk orang berniaga ni masih lagi dibuka. Orang tak putus-putus.

MENU ISTIMEWA

Menu istimewa Nasi Berlauk Kak Chik yang mengikut rasa tekak dan lidah aku adalah nasi lauk ikan gulai. Kuahnya yang pekat, likat, berempah dan cukup rasa memang tiada tandingan dengan lauk ikan gulai lain yang dijual di kedai. Aku tak tahu resipi apa yang Kak Chik guna, tapi tak semua orang dapat buat kuah yang rasanya sama macam dengan Kak Chik.

Selain kuah, ikan gulai yang dimasak oleh Kak Chik juga amat sedap. Isinya lembut, tidak muak dan yang penting sangat sedap. Bila aku makan isi ikan gulai tu, aku boleh rasakan yang Kak Chik guna ikan yang fresh untuk dihidangkan kepada pelanggannya.

Bila dicampur gaul nasi bersama dengan kuah ikan, cubit isi ikan lalu disuapkan ke dalam mulut, ummppp... sedap tak terkata! Terangkat pinggan. Nasib baik tak terangkat punggung. Kena pula dengan pedas-pedas sambal. Berair hidung beb. Silap-silap terbeliak biji mata disebabkan sedap yang tak terhingga.

MENU-MENU LAIN

Tak makan lauk ikan gulai? Tak mengapa. Kak Chik sediakan banyak menu-menu lain yang boleh dipilih oleh pelanggan. Cuma, kalau lauk yang rare tu, tak kena time memang cepat je habis. Yang tentu ada adalah lauk ayam goreng dengan ayam gulai. Yang ni tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Antara menu lain yang disediakan oleh Kak Chik adalah, nasi ayam kerutuk, nasi ayam pedas, nasi ayam paprik, nasi ayam kurma, nasi daging goreng, nasi daging kerutuk, nasi daging kurma, nasi daging gulai,nasi ikan gulai, nasi lemak, nasi dagang, mi goreng, mihun goreng, kuetiau goreng, nasi ayam percik dan nasi ikan percik.

Banyak betul menunya. Kalau ada yang nak makan semua tu, tapi tak nak keluarkan kos yang banyak, nanti boleh datang ke kedai Kak Chik dan lepas tu pandai-pandai la bodek Kak Chik supaya pass semua resipinya. Nanti bila mana rasa lapar dan mengidam nak makan Nasi Kak Chik boleh lah masak sendiri kan?

KEDAI NASI BERLAUK KAK CHIK

Bagi sesiapa yang bukan orang Kelantan dan datang ke Kelantan untuk jalan-jalan, nanti singgahlah di Kedai Kak Chik ni. Bila sampai di Kedai Kak Chik ni, nanti tunjuk posting ni dekat taukey Nasi Berlauk Kak Chik. InsyaAllah ada diskaun yang menanti. InsyaAllah. Tak tahu lokasi kedai?

Kalau ada masalah radar untuk mengesan kedudukan Kedai Nasi Berlauk Kak Chik ni, boleh guna radar google maps. Dekat google maps tu nanti cuma taip nama kedai. Contohnya Kedai Nasi Berlauk Kak Chik. Aku pasti dan aku sure, dalam google maps nanti akan tunjuk di mana lokasinya Nasi Berlauk Kak Chik.
FOOD REVIEW : NASI BERLAUK KAK CHIK TERSEDAP DI KELANTAN? FOOD REVIEW : NASI BERLAUK KAK CHIK TERSEDAP DI KELANTAN? Reviewed by Hafizin Jamil on Friday, June 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.