Skip to main content

FOOD REVIEW : NASI KERABU ABE YIE DEPAN PETRON SALOR, LAUK PERUT BAKAR

Perut Bakar
Jalan-jalan di Kelantan dan mencari port kedai makan terbaik? Duduk berdekatan dengan Pasir Mas? Aaaa... maknanya wajib kena pergi Kedai Nasi Kerabu Abe Yie ni.

Aduuu laaa. Aku pula lama betul mengidam nak makan Nasi Kerabu Kedai Abe Yie ni. Hari ni baru boleh merasa.


Nasi kerabu kedai ni eksotik sikit. Istimewa dia ada lauk perut bakar dan lidah bakar. Dihidangkan pula sekali dengan kicap digaul bawang, lada dan asam limau sebagai pencicah. Aummm... masyuk betul rasanya.

Sambal Kicap

Lauk perut bakar ni memang sedap. Walaupun dibakar, ianya begitu juicy. Tengok pun dah kecur air liur. Bila dicicah dengan kicap, rasanya memang sedap. Secukup rasa bila diadun pula dengan nasi kerabu dengan tumis budu. Aduuu.. meleleh air liur.


Peminat perut boleh cuba Kedai Abe Yie ni. Rasanya yang pejal-pejal bersama dengan aroma asap yang dibakar. Memang masuk dengan kicap sebagai pencicah. Puas hati! Padu bos!

Nasi Kerabu. Sepinggan berharga RM 2

Lokasi Kedai Abe Yie Nasi Kerabu ni betul-betul berhadapan dengan Stesen Minyak Petron Salor., Pasir Mas. Dibuka pada jam 8 pagi dan kedai ni pada waktu pagi sentiasa penuh dengan pelanggan. Silap-silap kena tunggu turn untuk duduk di meja.

Daging Bakar

Tak makan perut? Tak apa, ada lauk ayam gulai, ayam bakar, ikan keli bakar dan daging bakar. Daging bakar dia pun sedap. Lembut. Rasanya dia guna daging tempatan.

Bagi sesiapa yang mencari kedai nasi kerabu sedap di Kelantan, atau kedai nasi kerabu paling sedap di Kelantan, korang boleh masukkan kedai nasi kerabu ni dalam list. Dia unik dan ada lauk eksotik bagi aku yang tidak ada di kebanyakan kedai di Kelantan.

Bagi penggemar nasi kerabu yang berada di Pasir Mas, kedai ini mungkin kedai nasi kerabu paling sedap di Pasir Mas, tapi rasanya tak berbaloi kalau hari-hari nak datang makan kedai ni. Bagi la orang luar Pasir Mas datang makan kat kedai ni dulu. Kesian mereka bila datang je orang penuh. Kena tunggu turn meja untuk duduk. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-