KAMBING PERAP MUZDALIFAH ADALAH KAMBING PERAP PALING SEDAP?


Semalam punya cerita, ada hamba Allah yang kacak dan baik hati telah menyumbang 3kg Kambing Perap Muzdalifah untuk Program BBQ Haluan Kiri.

Terima kasih kepada hamba Allah tersebut. Awak terlalu baik untuk dia dan awak juga memang terlalu baik untuk kami.

3kg untuk program kali ini rasanya memang mencukupi. Ikutkan yang sebelum ni buat 5kg, tapi banyak yang lebih. Tak habis.

Tapi tidak untuk kali ini. 3kg tak cukup. Gara-gara penangan Kambing Perap Muzdalifah. Sedap. Lazat. Penuh dengan rempah.

“Molek bekas dia ni. Packaging nampak premium betul.” Amjes melahirkan rasa teruja bila Kambing Perap Muzdalifah dikeluarkan dari plastik.

Betul, packagingnya memang nampak kemas. Bekas plastik hitam putih nampak begitu elegan. Setaraf dengan brand-brand yang berada di supermarket. Atas penutupnya ditampal dengan sticker dengan tulisan Kambing Perap Muzdalifah.

Sticker berwarna merah berapi-api. Memang memainkan emosi yang rasanya meluap-luap dan tak sabar untuk melahap. Disitu juga tertulis berat 500gm. Ya. Sebekas tu beratnya 500gm.


“Betul jes. Molek pun molek jugak. Bukak la bekas tu. Nak bakar kambing dah ni. Dari tadi lagi arang sudah panas membara.” Amyi tergesa-gesa. Nampak tidak sabar.

“Sabar Amyi, sabar.” Ambon yang berada di belakang Amjes mencelah.

Amjes buka penutup bekas. Bahagian bahu kambing yang sudah dipotong secara ‘slice’ tersusun rapi di dalam bekas bersama dengan bahan perapan.

Bahan perapannya begitu banyak di dalam bekas. Menyaluti daging kambing. Mungkin untuk memastikan perapan tersebut betul-betul sebati meresap ke dalam daging kambing.

“Uuuu... gilaaaaa sedap baunya.” Amjes menghidu baunya. Mulutnya memuncung. Tergelak yang lain dengan gelagat Amjes.

“Cepat-cepat la letak atas jaring ni. Gi hidu bau pulak dah.” Kali ni giliran Amleh yang tidak sabar. Di tangannya siap dengan penyepit. Berkaca mata. Gaya macam chef.

“Okay abang-abang semua. Jangan la marah. Amjes letak atas jaring ni ye. Nanti abang-abang semua bakar. Amjes nak makan je.”

“Bakar jangan lama-lama ye Amnyes dengan Amyi. Tak mahu hangit-hangit. Jaga bara, jaga api.” Amleh bagi arahan.

Siap satu, angkat satu, dan terus Amhar potong kecil-kecil dengan gunting. Makan terus panas-panas. Lebih senang dan lebih berselera macam tu berbanding tunggu siap semua baru nak makan. Nanti dah sejuk jadi tak berapa nak sedap.


“Uuu.. gilaaaa. Sedap wei Kambing Perap Muzdalifah ni. Lembut molek rasanya. Tak liat. Ni baru betul-betul lamb. Kambing muda.” Amjes mula memberi komen.

“Uuuu.. gilaaaa. Sedap gilaaa ni. Tak yah pencicah. Makan gitu pun sedap doh.” Giliran Amji memberi ulasan.

“Uuuuu... jelira molek setara ni kambing. Berair, tak kering. Ore putih kata juicy. Masa kekoh tu tubik air kambing tu.” Ambon memberi komen. Matanya terpejam sambil mengangkat ibu jari. Nampak macam betul-betul nikmat.

“Kawe kato doh. Kambing Muzdalifah ni sedap. Sedap sekali atas dunia. Baru tahu setara mana. Bau sebelum bakar Amjes kata sedap doh. Hok aloh.” Amyi berlagak. Berbangga dengan cadangannya supaya try Kambing Muzdalifah.

“Tak yah nak komen-komen! Semua tu tak sedap kalau tak pandai bakar dan tak pandai angkat daging ikut time yang betul.” Amleh tak mahu kalah.

“Aaaa.. betul!! Amleh belako yang betul.” Sekaligus kami jawab sambil diiringi dengan gelak ketawa.

Dan ternyata dek kerana kesedapan Kambing Perap Muzdalifah, 3kg habis licin. Mungkin boleh cuba lain kali pula. BBQ 4.0.
KAMBING PERAP MUZDALIFAH ADALAH KAMBING PERAP PALING SEDAP? KAMBING PERAP MUZDALIFAH ADALAH KAMBING PERAP PALING SEDAP? Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, June 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.