MEE CELUP CLAYPOT : ANTARA MEE CELUP SEDAP DI PASIR MAS, KELANTAN

Meegi Celup Claypot Pokman Special

AWAS!! : Ini bukan senarai kedai mee celup tersedap di Kelantan, atau senarai mee celup tersedap di Pasir Mas, tapi cuma pandangan peribadi terhadap menu yang dihindangkan. 

Bagi sesiapa yang berada di sekitar Pasir Mas, boleh cuba mee celup claypot yang berada di sekitar kawasan Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan. Boleh search dalam google maps, Mee Celop Claypot Pokman. Kedai ni berada di tepi jalan besar atau dulunya jalan lama yang menghala ke Rantau Panjang.

Aku rasa, tauke dia ni namanya Pokman dan merupakan tukang masak mee celop ini. Kedai dia buka seawal jam 12.00 tengah hari dan pada waktu malam aku tak pasti sama ada buka ke tutup kedai dia. Tak sempat temu ramah pula dia tadi.

Apa yang membezakan mee celop dia dengan mee celop lain yang berada di sekitar Kelantan ni?

KELAINAN MEE CELUP CLAYPOT POKMAN

Bagi aku, yang ketara sekali kelainannya adalah penyediaannya di dalam claypot ni. Ada yang tak tahu ke claypot tu apa benda? Menatang claypot ini adalah sejenis bekas yang diperbuat daripada tanah liat dan dalam kes mee celup ni, claypot ini adalah mangkuk yang disediakan untuk meletak mee yang diperbuat daripada tanah liat. Nampak eksklusif gitu kan? Kalau barang tu nampak premium. 

Ini adalah sejenis marketing yang digunakan oleh Pokman. Walaupun kedainya berada di kampung, tetapi dia berani menggunakan kelainan dengan menggunakan claypot sebagai persediaan makanannya. Lagipun, nama kedai dia sendiri menggunakan claypot. Aku pada awalnya tertanya-tanya juga menatang apa claypot tu. Bunyi mat salleh gitu. Maklum la... kita ni bukannya pandai Bahasa Inggeris, bahasa mat salleh ni.

Nasib baik Pokman tak gunakan gelas claypot juga untuk penyediaan air minuman kepada pelanggan. Haha.

RASA MEE CELUP CLAYPOT POKMAN

Bagaimana dengan rasanya? Rasa mee celup claypot Pokman ni bagi aku boleh dimasukkan dalam kategori sedap. Kalau tak sedap, tak adalah aku pergi acap kali pergi makan mee celup kat kedai Pokman tu. Apa yang aku puas hati adalah lauk pauk yang diberikan cukup banyak dan cukup ngam dengan mee yang disediakan di dalam mangkuk tersebut. Jadi, bila lauk banyak ni, kita yang makan pun turut kenyang. Berbaloi la sebab antara sebab utama kita makan adalah untuk kenyang kan?

Selain itu, apa yang menarik bagi aku adalah telur gedik yang turut disediakan oleh Pokman di dalam mangkuk claypot tu. Perghhh.. memang terliur aku tengok telur tu. Dihidang ketika panas dan masih berasap lagi kuahnya. Kalau nak yang telur gedik ni, kena order yang special baru ada telur gedik tu. Telur gedik ni tak sepenuhnya masak. Dia separuh masak. Itu sebab lah dia boleh bergedik bila claypot tu digoyang-goyang. Bergedik-gedik dia bergoyang. Haha.

Menu? Boleh order mee, bihun, kue tiau, maggi siam dan maggi kari. Ada yang ni je. Kalau nak request telur lebih, boleh request. Nak lauk lebih, boleh request. Semua ni Pokman boleh buat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bagi yang ada berdekatan di Pasir Mas, atau pun sesiapa yang datang ke Kelantan dan singgah di Pasir Mas, bolehlah cuba rasa dan cuba makan di Kedai Pokman ni. Tak tahu kat mana Kedai Pokman tapi nak pergi juga, tak ada orang nak guide, boleh roger aku. Nanti aku tunjukkan. Tapi kena bagitahu awal la. Dah try tu, kalau rasa tak sedap, jangan salahkan aku. Hahaha.
MEE CELUP CLAYPOT : ANTARA MEE CELUP SEDAP DI PASIR MAS, KELANTAN MEE CELUP CLAYPOT : ANTARA MEE CELUP SEDAP DI PASIR MAS, KELANTAN Reviewed by Hafizin Jamil on Wednesday, June 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.