RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi

Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan?

DAH RAMAI YANG BERATUR

Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang. 

Aku search google dan ada info yang mengatakan semasa PKP ini, pejabat pos akan buka pada jam 8.30 pagi dan tutup pada 3.00 petang. Info ini digunapakai semasa PKP tetapi untuk sekarang ini adalah tempoh PKPP, tifak pasti sama ada pejabat pos masih lagi menggunakan peraturan ini. Jadi, aku bercongak sendirian dan memutuskan untuk balik semula disebabkan pukul 9.00 pagi aku ada kelas secara online. Kalau beratur pun belum tentu sebelum pukul 9.00 aku dapat menyelesaikan urusan renew lesen ni. Jadi, aku pulang.

Pukul 11.00 pagi sekali lagi aku sampai di Pejabat Pos Pasir Mas tadi. Di luar pejabat sudah ada beberapa orang yang beratur. Aku cuba bertanya orang macam mana nak ambil nombor, siapa yang kena beratur, macam mana nak berurusan dengan kaunter. Maklum la. Normal baharu pasca COVID-19. Kena beratur dekat luar, nanti akan ada pekerja pejabat pos akan datang bagi nombor dan dekat dalam pula hanya dibenarkan 10 orang sahaja untuk satu-satu masa. So, beratur dekat luar. Bila sorang keluar, sorang akan masuk menunggu kat dalam. Apa beza tunggu kat dalam? Mesti la kat dalam tu ada aircond dan badan pun rasa lebih sejuk.

JANGAN OVER CONFIDENT

Masa aku masuk kat dalam tu, baru nombor 2104 yang dipanggil. Aku bernombor 2114. Lambat lagi. Masa tu aku konfiden yang tidak perlu apa-apa dokumen yang diperlukan sebagai wakil untuk memperbaharui lesen orang lain. Ini bukan lagi konfiden, tetapi over konfiden. Konfiden yang terlampau tinggi hinggakan tak perlu lagi aku bertanya kepada pekerja pejabat pos. Hanya duduk bersahaja di atas kerusi bermain handphone sambil-sambil peka dengan nombor giliran yang dipanggil.

Nombor 2114 dipanggil dan aku terus bergegas ke kaunter 3. Seorang pekerja lelaki berpakaian pejabat pos merah putih dengan berpenutup mulut. Aku terus menghulurkannya lesen adik aku dan terus memberitahunya tujuan aku adalah untuk memperbaharui lesen.

"Minta IC sekali ya." Pekerja tadi meminta IC aku.

"Saya nak renew lesen adik saya ni, perlu IC juga eh?" Aku bertanya.

"Ya, kena IC tuan dia untuk kita sambungkan datanya," dia menjelaskan.

"Ooo.. saya tak ada IC tuan dia, tak apalah kalau macam tu. Selain IC, dokumen apa lagi yang diperlukan untuk renew lesen orang lain?" Aku mengorek lagi beberapa info untuk persediaan hari depan.

"Tak ada dah, cuma perlukan IC tuan asal sahaja," pekerja tadi menjelaskan.

"Ooo... tak apa lah kalau macam tu. Terima kasih ya." Aku terus keluar.

Terasa bodoh pun ada juga terhadap diri sendiri disebabkan over konfiden aku tadi. Beberapa minit dengan menunggu tanpa ada hasil dan tanpa tercapai tujuannya. Beberapa minit? Sejam lebih juga la. Bila aku tengok jam masa keluar tu dah pukul 12.20 tengah hari.

Ini semasa kali kedua aku pergi pada hari yang sama. Kena beratur nanti ada pekerja akan keluar bagi nombor giliran


DOKUMEN DIPERLUKAN SEBAGAI WAKIL


Jadi, untuk korang yang ingin jadi wakil untuk renew lesen, nak memperbaharui lesen orang lain, sedara mara, adik beradik, kawan, cikgu, tok imam atau sesiapa sahaja, dokumen yang diperlukan adalah:-

1) Lesen asal

2) IC atau Kad Pengenalan asal tuan lesen 

HARGA RENEW LESEN

Berdasarkan pembacaan aku dan galian info berkaitan harga renew lesen, aku dapati harga lesen adalah seperti berikut:-

1 TAHUN : RM 30.00

2 TAHUN : RM 60.00

5 TAHUN : RM 150.00

Kalau tengok kan harga di atas, memang jelas dan terang yang harga semuanya memang tetap. Tak ada diskaun kalau korang renew 5 tahun. Biasa kalau dekat kedai-kedai, akan ada penawaran harga. Renew 5 tahun akan dapat harga RM 100. Tapi malangnya kerajaan ni lebih pandai berniaga. Dia tahu yang kalau tak buat tawaran macam tu pun, orang tetap akan renew juga. Haha. So, check balik lesen anda dan mati ke belum. Kalau dah mati, cepat-cepat la pergi renew di pejabat pos atau pun di kaunter-kaunter JPJ. Nak renew di UTC pun boleh. Ada kaunter JPJ di sana. 
RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, June 15, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.