FA CUP 19/20 : MANCHESTER UNITED TEWAS 1 - 3 KEPADA CHELSEA DI SEPARUH AKHIR


Hari ni awal pagi lagi ambo pergi cari fan Manchester United untuk makan pagi bersama. Ambo tahu, fan Manchester United mesti nak cari seseorang untuk luah kekalahan team dia semalam. Kalah 1-3 dengan Chelsea.



Nasib ambo baik. Peminat totok Man Utd tengah makan nasi. Terkejut ambo tengok pinggan nasi dia. Nasi sikit tapi lauk ada 4 jenis. Ayam goreng, sotong goreng, daging kicap dengan telur mata. Lepas tu ada sayur lemak sikit.



Ambo dalam hati mari rasa sangsi. Dia ni tengah badmood ke tengah gembira sebenarnya?



Ambo pun tarik kerusi, duduk berhadapan dengan dia. Ambo tanya, “Bos… bos beres ke tu?”



Dia kerling kepada ambo. Jeling ambo dengan anak mata dia. Dahi dia tak berkerut langsung. Senyum pun tidak. Tapi mulut masih bergerak, mengunyah makanan.



Ambo rasa tak sedap hati. Ambo pun bagitau dia, “Demo jangan marah. Ambo tanya demo okay ke tak je tu. Ambo takut demo stress.”



“Menyu (Manchester United) celako! Menyu celako! Menyu celako!” Spontan dia sebut dengan nada sedikit tinggi. Terkejut ambo dengar.



“Bos, kawe tak ingat. Kawe ada kelas sekarang ni. Demo makan dulu ye.” Ambo pun berlalu pergi. Mukadimah tak berapa baik nampaknya.
FA CUP 19/20 : MANCHESTER UNITED TEWAS 1 - 3 KEPADA CHELSEA DI SEPARUH AKHIR FA CUP 19/20 : MANCHESTER UNITED TEWAS 1 - 3 KEPADA CHELSEA DI SEPARUH AKHIR Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, July 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.