Skip to main content

IDOLA ANDRES INIESTA


Kawan ambo yang dulu periang kini nampak suram. Dia kerja di Hulu Terengganu dan tiap-tiap minggu balik ke Kelantan. Jarang nampak dia muram begini.
.

Semalam semasa duduk di kedai kaklong, ambo cuba siasat apa punca dia jadi muram dan suram.
.

Aku tanya dia, “Wei laaa… kawe tengok nampak parah benar demo sekarang ni? Emosi koyak. Ada masalah ke?”
.

Dia tak tengok pun mata aku. Mata dia asyik tengok kaklong yang jaga kaunter jauh di sana. Hairan betul.
.

“Wei, jawab la.” Aku serius..
.

Kali ni dia berpaling sambil tersenyum. Senyum sebab boleh tengok kaklong agaknya.
.

“Ya, betul tu. Ada masalah besar sekarang ni. Kawe tengah dilema dan kena buat pilihan yang terbaik.”
.

“Dilema nah. Dilema macam mana tu?” Aku tanya lagi.
.

“Macam ni, sebelum ni kawe main posisi tengah. Midfielder. Sekarang team kawe kekurangan pemain defend. Jadi, mereka nak kawe main defender.”
.

“Habis tu? Apa masalahnya? Demo kan bisa main defend. Tak boleh bola, demo rembat kaki kan?” Aku terjujur.
.

“Kawe dilema la. Sanggup ke team kawe kehilangan pemain tengah yang power, main macam Iniesta? Mereka tak tahu ke hantaran kawe tepat sampai di kaki team mate?
Lorongan yang berbahaya kepada penyerang. Control ball yang memeningkan lawan, pantas menggelecek, lepas tu rembat bola pula padu. Sedih betul kawe dengan mereka. Tidak menghargai.” Panjang dia luah.
.

“Kawe rasa ada part yang patut dan ada part yang tak patut.” Ambo cuba beri pandangan.
.

“Apa part yang patut?” Dia bertanya.
.

“Part yang patut tu, memang patut team letak demo kat posisi defend. Sebab kawe kenal demo ni memang pemain defend terbaik SK. Kubang Kiat. Pakar rembat kaki lawan. Tak mudah jatuh, kebal macam kereta kebal.”
.

Kembang semacam hidung dia. “Habis tu apa part yang tak patut?”
.

“Part yang tak patut tu, memang sangat tak patut demo anggap diri demo midfileder hebat macam Iniesta. Kawe tahu demo beli kasut Asics Iniesta harga RM 700 new in box, tapi itu tak menjadikan demo seperti Andres Iniesta. Demo kena terima hakikat. Jangan syok sendiri.”
.

“Aii demo... Setakat ni, demo jah berani kabo gitu.”

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-