ANTARA KOPI DAN FUTSAL

Team Futsal Abe Li

Lepas dari bermain futsal semalam, nampak sain ambo mundar-mandir di luar gelanggang. Peluh masih basah. Tangannya memegang handphone. Mukanya berkerut, nampak berserabut.

.
“Abe Li, beres ke tu? Nampak berserabut. Ada masalah besar ke?” Abon bertanya kepada Abe Li.
.
Memang Abon ni seorang kawan yang selalu menyibuk masalah kawannya.
.
“Masalah besar ni Bon. Aduuu la. Berasa bodoh piau dah ni dengan diri sendiri.” Abe Li menjawab. Nadanya cemas.
.
“Aaa… masalah apa tu Abe Li. Mari duduk. Cuba cerita apa masalahnya. Kita bincang. Ramai sain-sain nak dengar masalah Abe Li ni. Jes ada, Koha ada, Nyes ada, Jamel ada.” Abon nampak bijak menyusun kata.
.
Abe Li duduk di bangku yang tersedia di luar gelanggang. Peluh bermain futsal masih berjujuran turun hingga basah kasut pink yang dipakai olehnya.
.
“Kawe lipak sain kawe ni. Ado sain kawe ajak mengopi (lepak sambil minum kopi) malam ni. Lepas tu kawe lipak. Bagitahu dia kawe nak rest malam ni sebab pagi esok nak gerak ke Johor. Menempuh satu perjalanan yang jauh.” Abe Li mula bercerita.
.
“Lepas tu Abe Li?” Pantas Jes mencelah bertanya soalan.
.
“Lepas tu berigak (kantoi) kawe mari main futsal malam ni. Aduuu laa. Dia mesej kawe ni. Panjang pula tu mesej dia.”
.
“Apa mesej panjang dia hantar tu?” Koha mencelah.
.
“Macam ni la Abe Li. Kawe tanya demo. Futsal dengan mengopi mana dulu?” Abon bagi soalan maut.
.
“Prinsip hidup kawe dalam bab dunia, futsal nombor 1. Mengopi nombor 2. Tapi kalau mengopi dengan sain ambo yang mesej tadi, bagi kawe nombor 10. Last sekali. Hahaha.” Abe Li jawab sambil ketawa yang disambut pula dengan gelak ketawa kawannya yang lain.
.
“Abe Li, berani betul demo kalau sampai tahap tu. Siap la demo lepas ni.” Jes mengugut Abe Li. Mematikan terus perasaan gembira Abe Li tadi.

This is Abe Li

ANTARA KOPI DAN FUTSAL ANTARA KOPI DAN FUTSAL Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, August 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.