FA CUP 19/20 MILIK ARSENAL

Megah dengan Arsenal di dada. Hehe

Sebenarnya lama sangat baju ni ambo simpan. Sayang nak pakai takut haus. Memang niat nak pakai kalau Arsenal angkat piala musim ni.
.

Malam tadi masa makan nasi kerabu tumis, ada seorang brader ni tengok ambo atas bawah je. Ambo syak dia ni penyokong Chelsea sebab dia pakai selipar ada lambang setan biru.
.

Ambo pun tengok juga dia. Lepas tengok tu, ambo pun tengok lambang Arsenal di baju ambo. Biar dia nampak lambang Arsenal megah di dada ambo. Lepas tu ambo senyum kepada dia. Dia pun senyum balik kepada ambo. Tapi sedikit sinis.
.

Masa dia lalu tepi ambo, dia berbisik kepada ambo, “Demo baru nak mengaku jadi fan Arsenal ke? Kolar baju keras molek tu.”
.

Ambo terkesima. Dia ingat ambo baru sokong Arsenal sebab Arsenal baru angkat piala. Ambo pendam. Sabar. Standard penyokong Chelsea nak provok sebab musim ni dia tak dapat piala lagi.
.

Lepas siap makan, ambo pun bangun basuh tangan. Sambil lalu tu, giliran ambo pula berbisik kepada dia. “Chelsea demo memang hina ke? Lambang Chelsea serasi molek duduk di kaki kuku cagu demo. Salam 2-1 bayya.”
.

Ambo pun bayar dan cepat-cepat balik. Ambo takut dia ni jenis pongoh.
FA CUP 19/20 MILIK ARSENAL FA CUP 19/20 MILIK ARSENAL Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, August 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.