"GUANA PRESS...SEKALO BERES"

Masa habis kelas ambo tadi, ambo melintas kelas tingkatan 4. Ambo tengok sahabat ambo tengah mengajar.


Ambo berhenti kejap. Macam sedap topik yang dia ajar. Topik sedap, ulasan dari cikgu yang mengajar pun boleh tahan bersemangat. Macam dengar ceramah politik. Hari ini naik, esok minyak turun singgit lima puluh sen.


Ambo pelik. Sain ambo mengajar Prinsip Akaun. Tapi masa tu dia ajar subjek Feqh. Bab sembelihan. Tengah cerita tips-tips sembelih binatang korban. Bagaimana lembu yang kurus, tapi boleh dapat banyak daging.


“Awak semua paling kurang kena tahu cara nak sembelih ayam, biri-biri, lembu. Kemahiran yang perlu ada pada semua yang bergelar lelaki. Nanti, mertua suruh sembelih lembu, boleh sembelih. Tak kekok. Kena belajar. Kena usaha sampai pandai. Jangan asyik main pubg, moba. Lepas tu berjoget buat video tiktok macam beruk manyes.” Bersemangat dia syarah, macam dirasuk.


Lepas tu ada seorang pelajar di barisan belakang angkat tangan. “Cikgu, guano press tu… sekalo bereh.”
"GUANA PRESS...SEKALO BERES" "GUANA PRESS...SEKALO BERES" Reviewed by Hafizin Jamil on Friday, August 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.