MANCHESTER UNITED IS PENCHESTER UNITED / PENALTY UNITED?

Penchester United aka Penalty United


“Betul ke Manchester United tukar nama kelab sekarang ni?” Aku bertanya kepada sahabat aku semasa makan di kantin pagi tadi.


“Tukar nama? Nama apa? Aku tak tahu. Setakat aku jadi penyokong setia Manchester United, tak pernah lagi Manchester tukar nama.” Nampak terkejut sahabat aku. Seakan-akan percaya dalam tidak percaya.


“Aku tengok Twitter tadi. Ada satu tweet bertulis ‘Manchester United is Penchester United’. Itu sebab aku tanya tu. Maklumat sahih mesti ada dengan kau. Penchester. Bunyi sedap juga.” Aku jelaskan kepada dia.


Lama dia tengok aku. Pandangan dia menembusi mata aku. Nampak macam dia tengah berfikir. Menerawang jauh. Menggali maklumat dalam benak kepala; kenapa Manchester United jadi Penchester United.


Sahabat aku yang duduk meja sebelah menoleh kepada kami. Kepala dia botak. Nampak macam nak sertai perbualan kami.


“Korang dua orang tak tahu ke kenapa jadi Penchester? Ni, tengok gambar ni.” Sahabat aku tunjuk skrin telefon dia yang terpampang gambar logo yang seakan logo Manchester United. Tapi bukan Manchester United.


Tergelak aku bila tengok logo tu. Aku tergelak, tapi sahabat aku tu muram je.


Posting ini adalah rentetan daripada Manchester United yang menang dalam UEL minggu lepas dan kemenangannya adalah disebabkan gol penalti. Maka berderulah media sosial yang troll Manchester United kerana terlalu banyak gol penalti yang dijaringkan oleh team mereka.

MANCHESTER UNITED IS PENCHESTER UNITED / PENALTY UNITED? MANCHESTER UNITED IS PENCHESTER UNITED / PENALTY UNITED? Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, August 13, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.