SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 'SINGLE'

Selamat Hari Raya Aidiladha 'Single'

Biasanya ambo akan jumpa dengan sahabat ambo ni pada hari raya pertama lagi. Rumah dia dengan rumah ambo tak berapa jauh. Sekangkang kera. Kampung sebelah menyebelah.



Hari ni ambo jumpa dia lewat sikit. Dia nampak bersahaja. Misai baru trim. Nampak rapi.



Ambo pun ucap, “Selamat hari raya ber’single’ sobat.”



Dia tengok ambo. Kelopak matanya berkelip dua tiga kali.



Ambo pun ucap sekali lagi, “Selamat hari raya ‘single’ sobat!” Nada suara sedikit tinggi.



Dia pun tanya ambo, “Apa benda single tu?”



Alosss. Dia blur rupanya.



“Single tu demo la. Demo kan single. Bujang. Tak menikah lagi.” Ambo bagitahu dia.



“Ooo… samalah dengan demo. Tak beza sangat kita dua sebenarnya. Demo pun single juga. Kahwin tapi duduk berjauhan. Sama jah tu dengan kawe. Hahaha.”
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 'SINGLE' SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 'SINGLE' Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, August 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.