SKETSA TEMPAH SEMBELIH LEMBU KORBAN; DATANG BERSAHAJA

Gambar tiada kaitan dengan cerita.

Pagi tadi ambo pergi tempat sembelih lembu korban. Ambo pergi dekat dengan tukang sembelih. Tujuan nak tahu dia guna pisau apa. Pirge ke Victorinox.
.

Tapi sampai dekat, ambo terdengar tukang sembelih sedang berbual dengan seseorang.
.

“Bos, demo gerbang (korban) juga ke? Hensem nampak. Seluar jean dengan baju kemeja. Siap pakai cap John Deere lagi.” Tukang sembelih nampak cucuk angin.
.

“Ya pakcik. Kawe gerbang juga ni. Hensem eh? Terima kasih. Baru sampai dari Shah Alam semalam. Cap biasa-biasa je ni pakcik. Beli shopee 30 ringgit.”
.

“Berapa ratus satu bahagian lembu ni?” Tanya pak cik tukang sembelih.
.

“650 riyal pak cik.”
.

“Lepas tu, pisau, kapak tak bawa ke? Nak lapah, nak potong daging, nak cincang tulang?”
.

“Tak bawa pakcik. Kawe mari nak tengok jah. Mak suruh mari tengok. Mak cakap sunat mari tengok lembu kita gerbang kena sembelih.” Yakin dan bersahaja dia jawab.
.

Serentak masa tu ambo tengok 3,4 pasang mata abang-abang dan pakcik dekat tu memandang abang cap John Dere. Barangkali yang berkongsi bahagian lembu dengan abang cap John Deere.
.

Ambo sengih jah. Sampai terlupa nak tengok pak cik tukang sembelih pakai pisau brand apa.
SKETSA TEMPAH SEMBELIH LEMBU KORBAN; DATANG BERSAHAJA SKETSA TEMPAH SEMBELIH LEMBU KORBAN; DATANG BERSAHAJA Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, August 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.