4 TIPS CAMPING DI PULAU RHU, TERENGGANU

Nun di sana 'view' Bukit Kluang

Siapa sangka, pulau yang nampak dengan jelas bila berada di puncak Bukit Kluang itu adalah Pulau Rhu yang boleh tahan cantik dan sangat sesuai untuk berkhemah atau camping. Biasanya, semua orang mesti perasan akan sebuah pulau yang sangat dekat dengan Pantai Bukit Kluang. Itulah Pulau Rhu.

.

Tak tahu Bukit Kluang? Bukit Kluang terletak di Besut, Terengganu. Tak tahu di mana Terengganu? Ternyata anda adalah seorang anak Alien!

.

Bagi penggemar camping, ini adalah satu port yang sangat sesuai kerana tempatnya banyak dengan pokok Rhu. Mana-mana tempat boleh hampar khemah dan gantung hammock dengan angin pantai yang lembut membelai wajah, bertentangan pulau dengan pemandangan Bukit Kluang. Ahhh.. memang memukau.

.

Untuk ke tempat ini, hanya boleh sampai dengan bot dengan bayaran RM 20 untuk pergi balik. Setakat ini, tidak ada lagi orang yang pergi ke pulau tersebut dengan berenang. Dengan kayak mungkin ada. Tapi tak disarankan sekiranya terjadi tragedi kayak terbalik di tengah laut. 

.

Untuk makluman, pulau ini adalah pulau private. Bukannya tempat awam. Jadi, bila private maknanya perlu izin dan kebiasannya akan dicaj untuk masuk. Sampai sahaja di pulau, memang terpampang signboard yang agak uzur menyatakan tempat itu adalah tempat persendirian. Jadi berapa bayarannya?

CAJ CAMPING / BERMALAM

Untuk camping, tuan pulau ini hanya ambil RM 5 per kepala untuk semalaman. Dengan RM 5, itu sudah termasuk dengan bayaran tapak camping dan juga kemudahan  tandas dan bilik air di atas pulau tersebut. Maklumat tambahan, tuan pulau ini bukanlah bermaksud dia pemilik pulau ini buat selamanya.

.

Tuannya cuma pajak dengan kerajaan negeri untuk menjadi tuan pulau untuk beberapa tempoh masa mengikut perjanjian. Jadi, ini bermakna dia perlu mengeluarkan sejumlah duit untuk membayar kepada kerajaan negeri sebagai bayaran pajakan.

.

Dengan bayaran RM 5 per kepala, aku tak rasa yang ianya harga yang tak masuk akal. Memang sesuai dengan tempat yang bersih dan dijaga olehnya. Jadi, bila sampai, korang pergilah ke hujung pulau. Ada sebuah pondok di sana khusus untuk penjaga pulau tersebut. Satu je kelemahan dia, kat pulau tersebut tak ada signboard dengan arahan yang jelas untuk mewajibkan pengunjung membayar sewa tapak untuk berkhemah di situ.

CAJ HARIAN

Oh ya. Untuk yang berkunjung secara harian boleh juga di pulau ini. Ada tempat snorkeling, nak BBQ bersama keluarga, nak mandi pantai. Caj untuk pengunjung harian adalah sebanyak RM 2. Caj ini membolehkan pengunjung menggunakan tandas dan juga bilik air di sini. Tapi, kebanyakan orang tak tahu dek kerana tiada signboard yang jelas untuk bayaran pengunjung di sana.

.

Caj tak banyak. RM 2. Bayar bot RM 20 boleh pula kan? Caj ni tak lain hanyalah untuk digunakan menyelenggara tandas di situ juga. Dengan bayaran RM 2 rasanya lambat nak kaya sebab kerajaan negeri pun tidak mempromosi sangat tempat ini. Aku sempat mendengar luahan abang selaku tuan pulau di sini.

"Melayu kita, caj RM 2 pun dah dikatakan mahal. Sedangkan kita gunanya sebagai dana untuk menyelenggara dan menaik taraf tandas dan kemudahan di sini. Kita letak bekas duit di tandas, nampak ramai yang buat-buat tak nampak bekas tersebut. Buat-buat tak tahu. Tahu nak guna je tandas. Dah la kita minta RM 2 tak nak bayar, tapi tandas nak guna percuma. Kalau bayar RM 2, tandas dan bilik mandi semua kita bagi guna."

Mana cerita tentang tripnya? nanti kita sambung balik, sekali dengan gambar-gambar.


Sedikit tips :-

1) Naik bot di pantai Bukit Kluang. Boleh tanya abang-abang yang ada di pondok dekat pantai untuk naik bot. Biasanya caj RM 20 per kepala bagi tambang pergi dan balik. Kalau rajin, boleh tawar-menawar sampai harga RM 15 per kepala. Nak tawar kena tengok la orang ramai ke tidak. Kalau ramai, dia tak layan je korang nak RM 15 per kepala pergi dan balik.


2) Untuk lebih privasi dan tidak sibuk dengan orang, jangan pergi pada hari minggu. Hari minggu di Terengganu adalah hari Jumaat dan Sabtu. Nak selesa, pergi la hari petang Khamis, pagi Jumaat korang balik la. Kalau nak buat camping la.


3) Sampai sahaja di Pulau Rhu, korang pergi la ke hujung pulau dan ada sebuah pondok di sana. Cakap dan minta izin korang nak camping kat situ. Berbudi bahasalah. Tuan dia baik. Nanti tanya berapa kena bayar dan tanya dengan bayaran tersebut apa boleh dapat. Haritu aku dapat harga RM 5 per kepala bagi 2 hari semalam camping.


4) Jangan sepahkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap korang. Dah la jadi sampah masyarakat, nak sampahkan tempat masyarakat pula. Haha.

4 TIPS CAMPING DI PULAU RHU, TERENGGANU 4 TIPS CAMPING DI PULAU RHU, TERENGGANU Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, September 13, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.