HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan

Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya.

Rezeki dapat parking di starting point

Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung.

Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi

Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-lebih lagi bila hari minggu. Majoritinya adalah penduduk sekitar sini juga. Jadi, untuk yang nak datang ke sini, rancanglah dengan baik perjalanan. Ada orang jenis tak suka bersesak dengan manusia lain untuk menikmat indahnya alam.

Gunung Reng di balik awan

Di mana Bukit Salor? Bukit Salor ini terletak di Jeli. Sekiranya datang dari Kota Bharu, ianya menghala ke Jalan Grik ada lorong sebelah kanan selepas USK Loader & Towing Enterprise. Ambil lorong tu dan terus masuk sampai ke starting point. Kalau lewat, nanti kena parking dekat luar tu dan kena berjalan sampai ke starting point.

View di starting point

Seeloknya datang terus selepas Subuh. Kalau lagi boleh, solat Subuh di starting point. Sebab apa? Sebab kawasan bukit ini adalah bukit  yang telah diteres untuk penanaman. Jadi, tidak ada pokok-pokok yang tinggi seperti dalam hutan dara atau pun hutan simpan kekal. Pokok ini penting sebab nanti bila matahari tinggi, tidak ada bayang untuk berlindung. Jadi, habislah kulit yang putih menjadi gelap. Kalau yang dah asal gelap tu, tak apa la.

Guide Bukit Salor, Kak Adah


Tips dia, kalau tak boleh datang awal, siap sedia la dengan payung untuk korang berteduh dari panasnya matahari.

Semasa di starting point, trek dia adalah trek yang bersimen. Trek yang bersimen ni terus sampai ke hujung menara telekomunikasi. Jadi sebenarnya dia ada 2 bukit untuk korang naik. Satu boleh terus ke menara telekomunikasi, satu lagi yang menghala ke Bukit Salor. Nanti dia ada persimpangan, ke kiri ke menara, dan ke kanan ke Bukit Salor. Korang pilih sendiri, ke kiri dekat sikit. Ke kanan  perjalanan masih lagi jauh.

Bukit yang diteres. Tida ada pohon-pohon yang tinggi merimbun

Jika memilih yang kanan, nanti ada 2 trek lagi. Satu trek yang pacak dan satu lagi trek yang landai dan santai. Sesiapa yang ingin cepat sampai, pilih la trek yang pacak tu. Siapa yang tak cukup nafas, pilih la trek yang landai tetapi sedikit panjang. Jangan risau, dua-dua trek ni akan sampai ke puncak Bukit Salor. Aku cuma pilih trek yang landai sebab aku tahu aku tak padu untuk pilih trek pacak. 

Sangat meriah. Ramai orang seperti ada pasar malam.

Petanda dah sampai puncak bila terdapat bendera Malaysia dan Kelantan terpacak di akar pokok yang tumbang. Itu adalah port untuk bergambar yang berlatar belakang Gunung Reng. Berbanding dengan Bukit Salor, rasanya Bukit Salor lebih tertinggi jika diukur mengikut mata yang melihat.

Karpet sebelum menebal. Kelihatan Gunung Reng yang malu-malu.

Dah sampai puncak, ambil la gambar banyak-banyak untuk post di Facebook dan buat orang dengki. Hahaha.

Karpet menebal sepenuhnya. Yang baju biru tu bukan penjual karpet ye.


HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG Reviewed by Hafizin Jamil on Saturday, September 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.