MEMBER MENTAL : AMBIL SEMUA LA KALAU NAK!



Cerita malam tadi. Team G21 lawan team Haji Ming. Katanya Haji Ming, “Team kawe lawan geng muda malam ni. Mesti team ni semua umur 21 sebab nama team G21.”

.
21 dalam G21 ni sebenarnya tak melambangkan umur. Tapi melambangkan wajah yang awet muda. Sentiasa macam umur 21 gitu.
.
Semasa habis perlawanan, ada sesi bedah perlawanan.
.
“Har, nampak ‘otok’ tadi masa main. Beres ke?” Abon tanya Koha. Mungkin dia perasan sesuatu yang orang lain tak perasan.
.
“Aaa… perasan demo? Dekat garisan out tadi?” Koha menjawab tapi jawapan dengan soalan lain.
.
“Haaa, betul dah. Dekat garisan out.”
.
“Ambo panas sebenarnya Bon. Bola out sepatutnya kita ambil. Tapi dia pergi pass bola dekat keeper, dan keeper boleh buat tak tahu. Padahal jelas sangat mereka buat bola out.” Koha bagitahu perkara sebenar.
.
“Ooo… benda begitu nak marah?” Ambo mencelah.
.
“Marah la. Kawe berlari nak gi ambil bola. Alih-alih, keeper buat tak tahu. Terus ambil goal kick.”
.
“Patut la kawe dengar demo berbisik dengan keeper mereka.” Abon beritahu Koha.
.
“Koha bisik apa bon dekat keeper?” Ambo tanya Abon.
.
“Ambil belaka (semua) la kalau demo nak.”
.
Aaa… pongoh(garang)!
MEMBER MENTAL : AMBIL SEMUA LA KALAU NAK! MEMBER MENTAL : AMBIL SEMUA LA KALAU NAK! Reviewed by Hafizin Jamil on Wednesday, September 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.