REVIEW MOTOSIKAL YAMAHA NVX

Yamaha NVX

Terima kasih kepada kawan saya, Faiz Che Khalid yang sudi bagi motor Yamaha NVX untuk dipandu uji.


Motor ini sudah diubah suai. Tukar CDI, tukar brake disc depan, tukar seat, tukar ekzos, side mirror di bawah, tukar cover set dan macam-macam lagi.


Banyak ubah suai? Katanya, engineer Yamaha tak pandai. Biar dia modify sendiri. Tapi akhirnya tetap jadi NVX bukan Harley Davidson. Katanya dah habis RM 4000 ribu untuk ubah suai ni.


Top speed setakat 107km/h sahaja. Tak laju walaupun dah habis throttle. Penggunaan petrol turun 2 bar untuk perjalanan dari Pasir Mas - Nilam Puri - Pasir Mas. Sedikit berayun, bergoyang dan tidak stabil bila cecah kelajuan 90km sejam.


Pickup motor ni terbaik. Selamba potong myvi di trafic light. Ada rasa yakin yang tinggi bila nak potong trailer.


Seat selesa. Ada span di bawah punggung dengan tempat bersandar di bahagian pinggang. Kalau perjalanan jarak jauh, mungkin selesa dan punggung tidak cramp.


Part side mirror paling menyampah. Pertama kali ambo guna side mirror jenis duduk di bawah. Side mirror jenis hipster kot. Tidak membantu sangat untuk melihat kenderaan di belakang.


Paling best bunyi ekzos motor. Bunyi ekzos motor ni pernah diberi amaran oleh Pen. Kanan sekolah. Bunyi bising sangat. Macam lori bawa ayam yang membelah highway di malam hari.


Kesimpulan : bila dapat bawa motor jenama Yamaha, ditambah dengan pickup, touch up yang lawa dan bunyi ekzos yang membingitkan telinga; perasaan angkuh, riak dan sombong itu tidak mudah untuk diketepikan.


Mungkin boleh jadi Yahudi di jalanan. Asyik nak pecut dan nak orang sedar kehadiran motor yang bunyinya membingitkan telinga biarpun sudah tahu, ramai mana manusia telah mem’babi’kan dirinya.


Ambo terima pendapat sain ambo yang merupkan seorang doktor, “Engineer motor, kereta ni buat molek belaka dah. Kita tak perlu nak sibuk-sibuk modify.” - Doktor Fahmi, 2020.
REVIEW MOTOSIKAL YAMAHA NVX REVIEW MOTOSIKAL YAMAHA NVX Reviewed by Hafizin Jamil on Friday, September 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.