SUP GEARBOX WARUNG ATAS PARIT

Sup Gearbox

Namanya adalah Warung Atas Parit. Terletak di Lubok Jong, dekat dengan perumahan PR1MA Lubok Jong. Masuk lorang sebelah Taman Tengku Anis. Nanti masuk terus sahaja. Ada signboard tertulis Warung Atas Parit.

Kedainya memang standard kedai warung yang berada di kampung. Tak jumpa juga korang waze atau search di Google Maps Warung Atas Parit. Pasti akan jumpa sebab aku sendiri dah cuba cari di Google Maps.

Kebetulan masa aku pergi tadi hujan tengah turun renyai-renyai. Hujan-hujan pekena sup gearbox dengan daging goreng. Makan dengan nasi putih panas-panas. Emphhhh... Memang rasanya menghairahkan.

Daging goreng

Daging gorengnya memang sedap. Lembut. Selembut kapas. Terbaik. Katanya guna daging lembu tempatan. Bukannya yang import dan frozen.

Usai makan, hirup pula air kelapa muda. Nyaman dan segar rasanya. Alhamdulillah.

Harga? Sup Gearbox + daging goreng + telur dadar + nasi 5 pinggan + air kelapa muda 3 + 1 nescafe o ais = RM 68.00

Tak nak makan nasi? Boleh cuba mee celup. Ada maggi ada kuew teow, bihun dan seumpama dengannya. Nanti minta cuba lauk perut bulat atau perut muda. Tak banyak kedai mee celup yang ada lauk perut muda. Nanti boleh cuba sekali di kedai ni.

Mee celup perut bulat

Nanti boleh masukkan kedai ini sebagai tempat yang perlu pergi sekiranya berkunjung ke Kelantan. Antara kedai sup gearbox di Kelantan dengan harga rakyat marhaen. Nak kata murah tu, tak ada lah murah sangat. Tapi okay la.
Buka : Isnin - Sabtu. Ahad cuti. Pukul 11 pagi - 11 malam.
SUP GEARBOX WARUNG ATAS PARIT SUP GEARBOX WARUNG ATAS PARIT Reviewed by Hafizin Jamil on Wednesday, October 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.