CARA MEMOHON PERMIT RENTAS NEGERI KETIKA PKPB

borang rentas negeri


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan semula di semua negeri di Malaysia kecuali 3 negeri yang masih belum mencatatkan kes yang tinggi iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Perlis.

Dengan pengumuman PKPB, sempadan negeri juga turut ditutup dan tidak boleh dibenarkan merentas negeri termasuk 3 negeri yang tidak melaksanakan PKPB melainkan mempunyai permit kebenaran dari polis.

Tidak dapat tidak, untuk yang ingin merentas negeri dan tidak mahu mengambil risiko diarahkan untuk berpatah balik oleh abang polis, lebih baik pohon permit di balai polis berhampiran. Jangan sesekali berani untuk memperjudikan nasib, bukan dekat. Nun di sempadan negeri. Ambik langkah selamat itu lebih bijak.

Aku baru-baru ini telah memohon permit untuk merentas negeri di Balai Polis Daerah Pasir Mas atas alasan ingin mengambil adik yang telah diarahkan pulang oleh pihak kolej dan barangannya terlalu banyak untuk dia balik dengan bas. Jadi, alasan ini sangat munasabah dan permohonan aku untuk ke keluar ke Perak telah diluluskan oleh pegawai polis. Kelantan ke Perak, balik hari yang sama, perjalanan dua hala.

CARA MEMOHON PERMIT RENTAS NEGERI DI BALAI POLIS

Di sini cuma aku ingin cerita pengalaman aku ketika memohon permit untuk rentas negeri ketika PKPB:-

1) Sebaiknya sediakan siap-siap borang permohonan permit rentas negeri yang perlu diisi. Boleh download borang tersebut di sini.

2) Isi borang tersebut dalam dua salinan. Ketika aku pergi di Balai Polis Pasir Mas, sudah siap ditampal supaya dokumen permohonan mesti disediakan dalam dua salinan. Jadi, untuk langkah selamat dan tidak menyerabutkan, sediakan siap-siap dua salinan.

3) Sediakan dua salinan kad pengenalan pemohon yang ingin merentas negeri. 

4) Sediakan dokumen sokongan yang mengukuhkan lagi alasan untuk kita keluar rentas negeri. Dalam kes aku, aku lampirkan surat dari pihak atasan yang mengarahkan adik aku untuk pulang dan mengosongkan asrama.

5) Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap. Pada awalnya, aku hanya menunjukkan surat sokongan seperti no.4 di atas pada pegawai polis. Pegawai polis tersebut meminta supaya aku lampirkan sekali kad pelajar adik aku sebagai bahan bukti. Katanya, kalau sekadar surat itu, semua orang boleh fotostat. Semua orang boleh tipu. Tengok, disebabkan dokumen yang tidak lengkap, aku kena balik dan fotostat kad pelajar adik aku. Keesokan aku datang ke balai polis baru selesai permit tersebut.

6) Sekali lagi. Sediakan dokumen yang lengkap dan dalam dua salinan yang memungkinkan tiada lagi keraguan dalam kepala pegawai polis yang korang saja-saja nak rentas negeri. Ketika itu, korang imagine la diri korang tu sebagai sarjan A. Galak yang inginkan dokumen lengkap untuk seseorang keluar merentas negeri.

7) Selepas dokumen aku ditapis oleh pegawai polis dan pegawai tersebut berpuas hati, aku diarahkan untuk meninggalkan kad pengenalan aku di pondok pengawal. Aku diberikan pas pelawat dan perlu pergi ke kaunter di dalam bangunan untuk mendapatkan kelulusan pegawai polis. Dekat sini, dia akan tanya berapa lama kita akan pergi, perjalanan sehala atau dua hala pergi balik. Masa ni korang jangan berdebar, jawab je seperti biasa. Kita bukan penjenayah.

8) Bila dah siap, korang ambil la gambar dengan cop balai polis takut-takut borang tersebut tumpah terkena air, korang ada backup untuk ditunjukkan kepada polis dekat road block nanti. Lepas tu, gambar tu korang post la dekat media sosial. Tunjuk yang korang je hebat boleh rentas negeri.

CARA MEMOHON PERMIT RENTAS NEGERI KETIKA PKPB CARA MEMOHON PERMIT RENTAS NEGERI KETIKA PKPB Reviewed by Hafizin Jamil on Saturday, November 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.