CERITERA : KAWAN DITEKAN DARI SEGENAP PENJURU


Pagi semalam ada jodoh untuk bertemu mata dengan sain aku.

Dia ada banyak nama.

Popular dengan nama ‘abey’. Kadang-kadang ada juga yang panggil dia dengan nama Ous.

“Lama tak jumpa demo. Duk mengajar Besut lagi ke?”

“Tu la. Lama sungguh tak jumpa demo. Kawe ada di Besut lagi.”

“Demo nampak sibuk lani. Jarang balik Pasir Mas.”

“Kawe bukan tak nak balik. Kawe sebenarnya ditekan dari banyak penjuru. Jadi kawe ambil jalan selamat. Duduk rumah sewa di Besut.” Ous mula menceritakan masalah.

“Ditekan dari banyak penjuru? Bunyi macam berat tu masalah demo. Kena tekan macam mana tu?”

“Kena tekan dengan bos kawe. Kiri atas kanan kiri.”

“Ya la. Kena tekan apa tu? Kawe tanyo dari tadi lagi. Demo tak jawab.” Ambo pula yang tak sabar.

“Rileks. Nampak demo pula tekan kawe ni. Kawe sebenarnya kena tekan orang suruh kawe menikah. Ma kawe, abah kawe, orang kampung kawe, ahli masjid kawe, sain-sain kawe, pensyarah kawe. Semua pakat duk tekan suruh kawe menikah!”
CERITERA : KAWAN DITEKAN DARI SEGENAP PENJURU CERITERA : KAWAN DITEKAN DARI SEGENAP PENJURU Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, November 29, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.