RESIPI DAGING BULGOGI TAK CUKUP BAHAN

Rupa macam daging kicap je ni.

Si isteri mengadu letih, tak larat. Aku pun cuba faham apa maksud tersiratnya.

“Ermm.. sayang rehat. Biar abang yang masak untuk makan malam.” Bukan susah nak baca apa yang tersirat dalam ayat kaum perempun. Senyum lebar si isteri.


Si isteri dah bawa keluar daging dari freezer. Godek resipi daging bulgogi tapi hampa disebabkan resipi tersebut memerlukan bijan dan juga minyaknya. Daun bawang pun tak ada. Bahan lengkap tak cukup.


Tapi apakan daya, terasa nak masak juga daging bulgogi. Jadi, aku modified sedikit. Minyak bijan itu aku ganti dengan minyak sawit. Daun bawang tu buat tak tahu je.


Ini resipi yang aku modified. 


Bahan A:-


Daging yang sudah dihiris. Ikut suka nak hiris macam mana.

*Bawang merah 5 biji

*Bawang putih 6 ulas

*Halia 1 inci

(Kisar bahan bertanda *)

Sos sotong

Kicap

Sos tiram

Minyak masak


Gaul dan perap daging yang sudah dihiris dengan Bahan A. Sekurang-kurangnya 1 jam. Letak dalam peti sejuk.

Daging yang diperap dan diletak di dalam peti sejuk

Bahan B


Sebiji bawang besar (bawang holland) dihiris

Cili


Cara-cara:-

Keluarkan daging. Panaskan kuali. Masukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali.


Biarkan 5 minit dengan api sederhana perlahan.


Kemudian, tambah setengah cawan air untuk melembutkan daging. Biarkan ia mendidih dengan api perlahan.


Tunggu sehingga air kering dan nampak pekat.


Masukkan bawang besar yang dihiris bersama dengan hirisan cili.


Gaul sebati. Masukkan sos ikan secukup rasa. Perasakan dengan serbuk secukup rasa. 


Gaul sehingga kering dan sedia untuk diangkat.


Makan dengan nasi panas, sumpah terangkat. Sediakan juga nasi tambah. Nanti tak cukup satu pinggan. 


Mudah saja kan cara-cara nak memasak daging bulgogi. Hidup ini sebenarnya bukanlah sukar, cuma kita yang menyukarkan diri kita sendiri. Haha.


RESIPI DAGING BULGOGI TAK CUKUP BAHAN RESIPI DAGING BULGOGI TAK CUKUP BAHAN Reviewed by Hafizin Jamil on Tuesday, November 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.