RESTORA EL WAFA KITCHEN DI KELANTAN : NASI ARAB MANDY DENGAN LAUK KEPALA KAMBING

RM 35

Bagi sesiapa penggemar kepala kambing, boleh cuba makan nasi arab dengan lauk kepala kambing.

Runsing dengan kepala kambing? Runsing nak makan daging selepas heboh dan kantoi kartel daging yang mencampur aduk antara daging halal dengan daging haram?

Kali ini usah risau. Restoran El Wafa Kitchen menyediakan kambing tempatan. Apa itu kambing tempatan? Kambing tempatan adalah kambing yang dipeliharanya sendiri di tanah Malaysia. Bukan kanggaroo yang ditembak di Australia kemudian ditampal dengan sticker kambing halal.

Penggunaan kambing tempatan adalah dakwaan taukey kedai dia la. Marketing dia dengan memfokuskan kepada penggunaan daging kambing tempatan. Nanti jangan guna nama aku yang beriya mengatakan mereka menggunakan kambing tempatan.

Dan aku yakin serta tidak was-was dengan restoran ini. Yakin yang sememangnya mereka menggunakan daging kambing tempatan. Bukan daging import.

Jadi apa istimewanya bila menggunakan kambing tempatan? Bila menggunakan kambing tempatan, mereka akan dapat kepalanya sekali. Tidak seperti kambing import. Kambing import tidak ada kepala. Kalau korang beli kambing import seekor, mereka memang tak bagi kepala. Hanya anggota badan yang lengkap tanpa kepala.

El Wafa Kitchen setakat ni ada di Kota Bharu dan juga Pasir Pekan. Masing-masing terletak di Kelantan.

Bagi aku, nasi mandy dia boleh tahan sedap. Cukup rasa seperti di tanah arab. Sampai menambah aku dibuatnya.

Cuma bahagian lauk kepala tu. Aku pernah rasa kepala kambing dekat negara Jordan. Setakat ini bagi aku, rasa kepala kambing dekat sana yang terbaik. Jadi, rasa kepala kambing ini masih lagi tidak boleh menandingi rasa yang dekat Jordan.

Harga minimum untuk pakej kepala kambing ini adalah RM 35 siap sekali dengan nasi mandy dan acar.

Sedap sungguh. Lauk kepala kambing dia
terbaik
. Isi lembut. Sekali dengan otak dia bagi.

Lidah ada. Biji mata ada. Masuk dalam mulut, kenyang di perut. Cukup lengkap.

Kalau sesiapa yang datang Kelantan, boleh la singgah dekat sini.

Nasi Mandy : 5/5
Lauk Kepala Kambing : 3/5
RESTORA EL WAFA KITCHEN DI KELANTAN : NASI ARAB MANDY DENGAN LAUK KEPALA KAMBING RESTORA EL WAFA KITCHEN DI KELANTAN : NASI ARAB MANDY DENGAN LAUK KEPALA KAMBING Reviewed by Hafizin Jamil on Monday, December 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.