PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021

Hari ini, persekolahan sesi 2021 bermula biarpun seluruh negara kecuali Sarawak menjalani PKP.

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, cuma pelajar tingkatan 5 dan 4 sesi 2020 yang diwajibkan hadir.


Tingkatan 4 meneruskan peperiksaan percubaan SMTQ yang tertangguh. Ada beberapa kertas lagi yang belum diselesaikan.


Menunggu peperiksaan sebenar yang bermula pada 26 Januari nanti. Bermula dengan mata pelajaran al-Quran. Harapnya bersedia semua.


Manakala tingkatan 5 meneruskan pengajian bersemuka bersama para guru. Persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi.


Mudir baru, Ustaz Othman Bin Lah menghantar pesanan, meminta semua pelajar menjaga SOP untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. Mana-mana yang dijangkiti semasa peperiksaan, bermakna tiada lagi peperiksaan buatnya.


Mereka perlu ulang tahun, dua kali di tingkatan lima. Tambah beliau lagi, para guru lebih-lebih lagi kena jaga SOP. Tunjuk contoh yang baik kepada pelajar.


Baiklah tuan mudir.


Kantin huru-hara hari ini. Tender baru, Zara Ikhtiar Enterprise tidak menyediakan nasi buat pelajar yang ingin makan ketika rehat. Nasi untuk guru juga sama. Dalam kalut, sempat pengurus dia, Izzat menempah nasi bungkus di luar.


Para guru masih lagi diwajibkan hadir ke sekolah. Tidak ada pengecualian. Katanya pentadbir, selagi belum ada surat dari YIK untuk peratus atau penggiliran kehadiran guru ke sekolah, selagi itu semua guru wajib hadir ke sekolah. Biarpun pengajaran pelajar secara PdPR.


Juga masih tiada perubahan berkenaan kehadiran guru. Guru al-Quran, hadir 7.30, pulang 2.00 petang. Guru arab agama dan akademik, hadir 8.00 pulang 2.30 petang.


Dengar, patuh, taat.


PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021 PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021 Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, January 21, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.