TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN : KEBAB / SYAWARMA JUST DONER

Cibatta Just Doner. Sebiji pun dah kenyang.


Seli Harley sudah berapa kali tak jadi nak pergi Johor. Baru-baru ni tak jadi sebab tunggu pengumuman PM berkenaan PKP.

.

Hari ni katanya nak makan syawarma yang paling sedap di Kelantan. Beriya dia bagitahu; kat Kelantan tak ada syawarma kambing yang boleh lawan kedai Just Doner.

.

Kandungan yang ada dalam Ciabatta. Menyelerakan.

Kedai dia berdekatan pintu masuk Perpustakaan Awam Kelantan.

.

“Bang, Order syawarma kambing satu,” Seli memesan pesanan.

.

Isi kambing memang padu tapi tak berapa juicy.

“Saya nak Ciabatta kambing satu,” giliran ambo.

.

Beberapa minit kemudian. Hidangan syawarma dan Ciabatta sampai serentak.

.

Pizza Roll. Sedap juga. Banyak dengan sos. Syawarma yang dipotong je ni.

“Eleh, kecilnya syawarma. Bang, order Ciabata juga satu lagi. Ciabatta kambing,” belum lagi makan. Tapi Seli dah order menu lain.

.

“Li, demo tak makan pun lagi syawarma tapi siap order lain dah.”

.

“Kawe tengok kecil syawarma ni. Ciabatta demo nampak besar. Puas hati.”

.

Masing-masing melahap.

.

“Sedap syawarma dia. Boleh mari lagi lain kali. Tapi, kawe tak kenyang. Kecil.” Syawarma seli sudah habis. Hanya dengan 3 kali suapan ke dalam mulut.

.

“Ciabatta kawe pun sedap li. Tapi daging dia ni kering sikit. Mujur ada sos. Ada basah dia. Sos dia sedap. Buat sendiri rasanya.”

.

Menu yang ada di Just Doner

“Itu la. Kawe tengok pun macam sedap. Ni ada lagi menu yang tak try. Semua nampak sedap.”

.

“Orang buncit memang macam itu li. Semua nampak sedap.”

.

Tempat operasi. Arab sendiri chef.

“Mil, kawe baru niat nak belanja demo tadi.”

.

“Tak apa Li. Kawe tunggu taukey, Nik Yad mari.”

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN : KEBAB / SYAWARMA JUST DONER TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN : KEBAB / SYAWARMA JUST DONER Reviewed by Hafizin Jamil on Friday, January 15, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.