RESIPI TOGIN / TOJIN MESIR

Tengok gambar macam tak berapa menarik, tapi rasanya memang sedap!

Beberapa hari sudah berlalu puasa, entah dari mana angin yang membawa rasa dan aroma menyebabkan aku terkenang makanan mesir. Togin namanya.

Togin? Apa tu? Kalau nak cari di internet ikut Bahasa Arab, taip huruf to’, alif, jim, dan nun.


Togin adalah salah satu makanan yang terdapat di Mesir. Bahan utamanya adalah makaroni atau pasta. Disaluti dengan sos tomato dan di celah-celahnya ada daging hancur yang sangat sedap rasanya.


Jika disiram dengan minyak lada akan bertambah lagi aroma dan rasanya. Pedas sekata dengan masam tomato. Cukup rencah dengan daging kisar sebagai lauk.


Tuang kuah tomato di atasnya supaya meresap

Jika dekat Mesir, ada satu port berdekatan dengan Muzollat yang selalu aku singgah untuk makan. Kedainya betul-betul jalan menghala ke stesen bas. Jika turun bas, dalam perjalanan balik ke rumah, pasti singgah di kedai ini. Order togin. Datang togin yang panas-panas dan terus disuap ke dalam mulut. Fuhh. Sedap. Meresap rasanya ke dalam mulut yang kecur dengan air liur.


Aku cuba merujuk resipi togin di youtube dan jumpa satu video dalam bahasa kelantan cara nak buat togin. Pemilik video tersebut adalah Hazir ElMalizy yang mungkin bekas pelajar di sana. Berikut adalah cara nak buat togin mengikut apa yang aku buat:-


Bahan-bahan dan cara-caranya:-


Sebelum tu, aku tak spesifik berapa banyak sukatan yang kena masuk. Jadi, cuba aplikasi mengikut citarasa sendiri. Nak berapa banyak. Ikut rasa hati. Masukkan semua bahan dengan secukup rasa. Tawakkal, insya-Allah menjadi dan rasanya pun sedap.


Bahan A (Daging)


Daging kisar

Bawang

Cili

Serbuk jintan putih

Serbuk kayu manis

Serbuk lada hitam

Cuka

Bawang putih dikisar


Cara-cara:-


  1. panaskan minyak, masukkan daging kisar bila minyak panas.

  2. Bila daging sudah bertukar warna, masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.

  3. Tutup api


Bahan B (Sos / Kuah Tomato)


5 tomato dikisar, tapi ambil jus

Pes tomato (tomato puri)

Garam

Serbuk jintan manis

Serbuk kayu manis

Serbuk lada hitam

Bawang putih kisar


  1. masukkan semua bahan di dalam periuk

  2. Masakkan sehingga kuah mendidih


Bahan C (Makaroni)


  1. masukkan bahan A di dasar bekas. Jika mahu banyak, letak banyak. Kemudian letak makaroni di atasnya.

  2. Masukkan kuah dengan senduk di atas daging kisar goreng tadi. Masukkan dan biar dia meresap.

  3. Biarkan semua kuah menutup makaroni.

  4. Balut dengan aluminium foil dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200c selama 20 minit.

  5. Bila siap, terbalikkan ke dalam pinggan dan boleh dihindangkan.

  6. Makan bersama dengan minyak lada. Umphh. Sedap!





Tengok video youtube brader ni pun tak apa untuk lebih jelas. KLIK SINI.





RESIPI TOGIN / TOJIN MESIR RESIPI TOGIN / TOJIN MESIR Reviewed by Hafizin Jamil on Friday, April 23, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.