DIARI PKP 2021 : PART 1


Jentera Rahim
“Hing, kalau nak pasang plug bahagian dapur rumah kawe tu, berapa demo ambil caj?” Aku melontar satu persoalan kepada Abdul Rahim, tapi selesa dipanggil dengan panggilan Rohing.
Rahim sekarang kerjayanya sebagai electrical engineer.
Rahim termenung sejenak. Merenung siling sambil jari-jemari mengusap janggutnya yang sejemput.
“Biasa kawe duk ambil RM 180 untuk satu plug, tarik wayar dari DB,” Rahim memberi jawapan.
“Kalau kawe minta demo buat, boleh?”
“Hmmm… berapa plug nak pasang?”
“Satu.”
“Hmmm… macam ni la. Kawe ajar demo, lepas tu demo pasang sendiri. Boleh?”
“Sebenarnya, demo malas nak buat ke kalau satu plug?” Soalan Rahim sengaja tidak dijawab bahkan dilontar pula satu soalan lain.
“Bukan. Kawe rasa kalau demo pasang satu plug, 2, 3 bulan lagi demo nak pasang satu plug lagi. Baik demo belajar pasang sendiri. Bila-bila masa demo boleh pasang.” Rahim menjelaskan.
“Demo rasa kawe mudah faham ke nak belajar wiring ni? Lepas tu demo rasa kawe boleh buat sendiri ke lepas belajar?” Dua soalan serentak ditanya.
“Mil, begini… Manusia ni, kalau dia belajar, dia ada kemahuan, ada usaha, mesti dia akan faham dan dia akan tahu. Lepas dia faham, mesti dia boleh buat. Allah buat comel doh aturan. Tinggal mahu atau tidak saja.” Panjang Rahim syarah.
Jawapan Rahim buat aku berfikir. Semuanya betul. Manusia tinggal cuma alasan saja untuk tidak terus mencuba.
“Tapi… demo ada masa luang ke nak ajar kawe?”
“Hmmm…” sekali lagi Rahim memikir jawapan.
“Macam ni la Hing. Kawe ikut demo pergi kerja. Sambil-sambil tu demo boleh ajar kawe, kawe boleh belajar dengan demo.” Aku memberi cadangan sekaligus sebagai jawapan yang saya sendiri tanya.
“Okay, baik. Esok masuk kerja. Pagi esok dalam pukul 9, kawe mari ambil demo. Tunggu kat rumah!”

DIARI PKP 2021 : PART 1 DIARI PKP 2021 : PART 1 Reviewed by Hafizin Jamil on Saturday, June 26, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.