DIARI PKP 2021 : PART 2


Pukul 9 pagi, masuk satu panggilan. Terpampang di skrin telefon, ‘Rohing 20’. Angka 20 bukan menunjukkan Rahim berumur 20 tahun, tapi sebagai tanda yang Rahim merupakan senior di zaman sekolah dulu-dulu.


“Assalamualaikum Mil. Dah siap ke?” Rahim menghulurkan salam. Aku perhati Rahim, memang setiap kali dia buat panggilan, wajib untuk dia menghulurkan salam terlebih dahulu hatta untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Ada sekali tu dia menghubungi seseorang, “Assalamualaikum bos, beres.” 3 patah perkataan dan terus dia mematikan panggilan.

“Waalaikumusalam Hing. Ya, siap dah. Kawe tengah tunggu demo mari ambil. Sama macam janji demo semalam.”

“Mil, tukar plan boleh? Demo mari sendiri. Tempat kerja kawasan Lati. Berasa malas nak ambil demo.” Lati ni memang kawasan rumah Rahim, kalau Rahim nak ambil aku, dia kena menyeberang beberapa kampung untuk pergi dan patah balik semula ke Lati.

“Boleh. Kawasan mana Lati tu?” Hari mula-mula kerja, aku tidak cakap banyak. Terus sahaja bersetuju.

“Masuk Lorong Hj Sabri. Lorong tu lepas sedikit Hospital Lati, lorong sebelah kanan demo kalau demo mari dari Repek. Kawe tunggu demo dekat situ.” Rahim memetakan lokasi.

“Okay, baik.” Aku mengiyakan terlebih dahulu biarpun lakaran peta dari Rahim masih lagi samar-samar dalam fikiran.

“Okay, beres. Jumpa dekat sana. Assalamulaikum.” Rahim mematikan telefon sejurus menghulurkan salam.

Nampak mulia betul adab memberi salam semasa menelefon seseorang. Sama ada semasa menelefon seseorang atau pun sebelum memutuskan panggilan. Mesti ada ganjaran di sisi Tuhan biarpun kredit panggilan ada yang terjejas untuk pengguna prabayar.

Aku terus bergegas dan menaiki jentera berjenama H. Tidak popular seperti Civic atau Accord. Tetapi tetap jenama H. Model Wave 100 Type R. R untuk Racing.
DIARI PKP 2021 : PART 2 DIARI PKP 2021 : PART 2 Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, June 27, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.