CHEESE TART HOMEMADE TERSEDAP DI KOTA BHARU

Ada perisa Nutella, ada perisa Biscoff

Sudah beberapa kali aku tengok di Facebook, makanan bernama cheese tart melintas semasa sedang menala news feed.

Kebelakangan ini, banyak feed kawan-kawan Facebook cerita pasal politik. Paling ketara adalah pasal Azmin Ali. Yang maki hamun pun ada. Meluahkan perasaan dengan harapan ramai yang turut serta memaki dan mencaci di ruangan komen.

Bila tengok gambar cheese tart dari FB Ayin Iz, ambo kaku. Tengok gambar cheese tart dia betul-betul menggiurkan. Serta merta nafsu kelaparan jadi membuak-buak. Ini tak boleh jadi.

Aku terus order. Bagitahu nak pakej 12 biji. Tapi, kawan aku baik hati, dia bagitahu nak bagi free.

‘Free tak boleh la. Awak meniaga tu. Baru ni sekolah tutup, kantin tak boleh operasi. Kesian kalau bagi free.’ Aku membalas whatsapp dia.

Kawan aku merupakan pengusaha dewan makan asrama dan kantin di sekolah. Antara yang terjejas pendapatan disebabkan COVID-19 bila sekolah diarahkan untuk ditutup.

‘Kita deal lepas ni.’

Pagi itu, cheese tart sampai di hadapan rumah seperti yang dijanjikan. Kebetulan aku baru lepas sarapan dan perut sudah kenyang.

Tapi bila aku buka kotak cheese tart, selera makan seperti di’reset’ semula. Terus aku capai dan masukkan dalam mulut. Fuh… hancur dan cair di dalam mulut. Rasa lemak masin cheese mula melebur di dalam mulut.

Wow!! Aku tergamam. Rasanya memang sedap. Barangkali ini rasanya makanan orang kayangan. Lepas satu, satu lagi aku makan. Semuanya tanpa sedar. Betul-betul ‘ralik’. Akhirnya tinggal lagi 2 biji.

Aku yakin dan juga yakin, mesti dia guna barang yang berkualiti dan premium.

“Aduuu… takkan sekali hadap dah nak habis.” Hati aku memujuk.

Aku berhenti makan dan simpan terus dalam peti sejuk. Rasa rugi kalau sekali hadap terus habis. Satu untuk tengah hari, satu lagi untuk malam nanti.

Bagi sesiapa yang berada di kawasan Kota Bharu dan sekitarnya, boleh contact FB kawan aku kalau nak order. Tapi akaun FB dia share dengan isteri. Dia cakap sebab sayang isteri, bukan sebab takut isteri.

CHEESE TART HOMEMADE TERSEDAP DI KOTA BHARU CHEESE TART HOMEMADE TERSEDAP DI KOTA BHARU Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, July 22, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.