DIARI PKP : PART 4



“Erm… benda ni tak bersabit dengan wali. Ni namanya pengalaman. Kalau demo acap kali servis aircond, jadi mudah la nak buat.”
“Jadi, demo bukan wali la?”
“Demo ni banyak tanya la!” Nada Rahim sedikit tinggi.
Dia marah ke? Kalau mudah marah, mudah melenting, bukan perangai wali. Setahu aku, wali ni tak ada had dan batas kesabarannya.
Aku senyap. Biasanya amat jarang bila usia dewasa sebegini tapi masih kena marah.
Body indoor aircond dicabut oleh Rahim. Nampak senang betul Rahim cabut. Mungkin salah satu dari karamah orang yang bergelar wali.
Aku perhati Rahim. Dia angkat sedikit body aircond kemudian tarik keluar sehingga paip gas dan paip saliran air di sebelah luar turut ditarik bersama dengan body aircond.
“Body aircond ni dia sangkut atas tapak yang sudah di’drill’ di dinding. Nak cabut, kena angkat, kemudian tarik keluar.” Rahim menjelaskan. Nada suaranya mendatar sahaja.
“Ooo… begitu. Holder kan nama tapak dia tu? Baik… baik.” Reaksi sopan aku berikan pada penjelasan Rahim.
“Ambil ni. Bawa pergi luar dekat paip. Ada paip tepi rumah.” Arah Rahim sambil menghulurkan body indoor aircond.
Aku menyambut dan terus membibit keluar menghala ke arah paip sebagaimana arahan Rahim.
“Mil, ambil cordless. Nanti buka semua skru dan tanggalkan cooling coil. Board elektronik dia ni letak tepi. Boleh buat?”
“Boleh Bos Hing,” spontan aku menjawab.
Semua skru aku tanggalkan. Tapi cooling coil aku tak boleh nak cabut. Sama macam kes cover indoor aircond tadi. Takut terlebih guna kuasa seperti Badang. Banyak kali aku cuba. Tarik dengan lebihkan sebelah kiri, tarik sebelah kanan, tarik ke depan serentak. Tidak berjaya.
“Hing, susah la nak cabut cooling coil ni,” sekali lagi aku mengadu kepada Rahim.
Rahim datang ke arah aku. Tangannya memegang cooling coil. Sekali tarik, cooling coil berjaya ditanggalkan.
Aku terpana. Wow! Kagum.
Aku menggeleng kepala dan cuma berbisik sendiri, “
Hebat
demo Hing. Bukan sebarangan orang.”
Sengaja aku berbisik supaya tutur perkataan aku tidak didengari oleh Rahim. Nak kena marah dengan wali?
“Ada part kena keras sikit, ada part kena berlembut. Tengok keadaan. Kalau macam cooling coil, tengok belah belakang, ada macam cangkuk. Cuba sampai dapat untuk cangkuk tu tercabut. Baru boleh cabut cooling coil ni.” Panjang Rahim memberi pelajaran.
Kata-kata Rahim buat aku teringat balik apa yang Rahim katakan tadi. Pengalaman. Ya, pengalaman menjadikan sesuatu kerja itu mudah untuk dilakukan. Makin banyak pengalaman yang ditempuh, makin mudah untuk menyesuaikan diri. Dalam hal ini, makin banyak pengalaman bergelumang dengan aircond, makin mudah untuk membereskan sesuatu kerja penyelenggaraan aircond.
“Mil, tolong ambil ‘waterjet’ dalam kereta. Lepastu sambung dekat paip air. Demo basuh la. Cuci debu biar bersih. Bahagian mesin ‘blower’ ni jangan sampai kena air. Bahagian longkang air mengalir hingga ke saliran air keluar ni, cuci sampai bersih. Tengok dalam saluran tu, ada macam jelly, benda tu la yang buat air buang aircond tak dapat mengalir dan air jadi melimpah keluar ikut dinding sebelah dalam rumah.” Rahim menyambung memberi pelajaran. Hari ini bab cuci aircond.
Mini ‘waterjet’ aku ambil dari kereta Rahim. Kereta Rahim memang bukan calang-calang kereta. Ada 4 tempat duduk tapi kapasiti sebenar yang boleh duduk cuma 2 orang. Itu pun penumpang sebelah kiri kena berhimpit. Lutut bertemu dengan dashboard. Bahagian lain semua penuh dengan barangan kerja.
‘Waterjet’ brand Makita berwarna hijau dipasang oleh aku dan disambungkan dengan paip air. Bila suis dipetik, bunyinya membingitkan telinga. Pancutan air yang keluar dari muncung hos menjadi laju.
Debu-debu yang melekat di blower dan body ‘aircond’ turun bersama sisa air. Lubang keluar air yang dipenuhi jelly aku sembur sehingga bersih. Mula-mula air berwarna coklat kehitaman, bila lama-lama air akan jernih menandakan debu dan habuk sudah tiada. Bersih.
“Cooling coil ni macam mana Bos Hing? Sembur dengan ‘waterjet’ juga ke?”
“Cooling coil demo biarkan. Biar kawe yang cuci. Cooling coil kena hati-hati sikit, nanti ‘sirip’ dia bengkok bila kena semburan air yang kuat.”
“Kalau sirip bengkok jadi macam mana?”
“Kalau bengkok, boleh jadi sebab untuk aircond tidak capai suhu sejuk yang maksimum, boleh juga jadi sebab air yang menitis tidak masuk dalam saluran dengan betul.”
Waterjet bertukar tangan. Rahim mengambil alih untuk membersihkan cooling coil.
“Ambil kain, lepas tu lap sampai kering indoor yang dibasuh tadi,” Rahim memberi arahan lagi bila nampak aku terpinga-pinga.
Aku lap dengan penuh khusyuk. Setiap bucu dan sudut aku lalukan dengan kain supaya air basuhan yang melekat di indoor tadi kering. Bila siap, nampak macam baru. Licin. Berkilat.
Cooling coil yang dibasuh oleh Rahim juga sudah siap. Dijemur seketika supaya kering. Sementara itu, aku tengok Rahim menyembur waterjet di bahagian outdoor aircond.
“Outdoor kena cuci juga ke Hing?”
“Kena cuci juga, bahagian belakang kipas. Kalau habuk kuat sangat, nanti ada efek juga dekat aircond. Tapi kena hati-hati, jangan bagi air masuk bahagian compressor. Bahagian compressor ni biasanya berada di sebelah kanan outdoor.”
Suis ‘waterjet’ dimatikan. Tanda operasi membasuh sudah selesai.
“Mil, pasang balik la indoor tu. Kita panas dah ni,” matahari bersinar terik. Jam menghampiri pukul 1 tengah hari.
“Hing, nampak macam susah nak pasang balik. Lebih susah berbanding masa leraikan.”
“Buat la dulu. Buat setakat boleh. Yang tak boleh buat, tinggal. Nanti kawe tengok. Demo kata nak belajar, kan?”
Aku ambil cooling coil, cuba nak masukkan pada indoor. Pusing kiri, pusing kanan, tapi tak berjaya.
“Hing, tak boleh buat ni,” belum apa-apa lagi aku dah mengadu tak boleh buat. Terasa susah bahagian nak pasang cooling coil.
“Aiii… demo. Awal-awal dah tak boleh buat?” Mata Rahim tepat memandang ke arah aku.
“Susah sikit ni Hing nak pasang cooling coil. Tolong Hing sebentar.” Aku berlembut seakan memohon simpati dari Rahim.
“Ooo… patut pun. Cooling coil. Memang susah sikit.” Lembut nada suaranya.

Cooling coil bertukar tangan. Aku sangkakan sekali mata berkerdip, maka siaplah pemasangannya oleh Rahim. 

DIARI PKP : PART 4 DIARI PKP : PART 4 Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, July 08, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.