LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN BERMAIN FUTSAL

Inilah yang disebutkan dengan istilah 'green lane' oleh golongan anti-vaksin yang mana green-lane ini adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang yang sudah divaksin.

Antara green-lane terbaharu yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia adalah aktiviti bersukan sama ada secara indoor atau outdoor. Aktiviti sukan ini sememangnya sudah lama ditunggu oleh rakyat Malaysia sama ada yang remaja ataupun dewasa. Melalui aktiviti ini, rakyat dapat berkumpul dan bersilaturahim. Itu sebenarnya paling utama bagi rakyat, bukannya agenda berpeluh lecun di atas padang. Kan?

Macam mana pula reaksi golongan yang anti-vaksin?

Sememangnya ini sudah diramalkan oleh mereka. Mereka tahu mereka akan dipinggirkan dan mereka telah mewujudkan istilah green-lane untuk menunjukkan kerajaan meminggirkan mereka kerana mereka tidak rela dan tidak sudi untuk dicucuk dengan jarum yang mengandungi vaksin.

Itu hak dan pandangan masing-masing. Manusia bebas berpandangan tetapi dengan mewujudkan green-lane seumpama itu, dimanakah hak asasi manusia untuk diri mereka?

Golongan pro-vaksin berpandangan, "Ahh... lantaklah. Pandai sangat tak nak vaksin. Orang vaksin sebab nak bentuk imuniti kelompok supaya masyarakat selamat daripada virus COVID. Golongan yang anti-vaksin ini dah la bodoh, lepas tu nak membahayakan orang ramai pula! Tak nak vaksin, tak payah berada dalam masyarakat dan bersosial, pergi duduk dalam gua sorang-sorang!"

Wow... keras juga golongan pro-vaksin berpandangan terhadap golongan anti-vaksin.

Namun, ada juga pandangan yang seakan boleh diterima daripada golongan anti-vaksin, "Saya sebenarnya sangsi dan was-was akan kandungan yang terdapat dalam vaksin. Mungkin ada unsur babi atau unsur-unsur yang tidak halal dalam kandungan vaksin. Ada juga yang kata, kalau cucuk vaksin, akan mati dalam masa dua tahun! Tidak bahaya ke kalau macam tu? Nak selamt, tapi jadi makin bahaya?"

Pandangan ini tidak boleh diterima. Terlalu takut dengan sentimen yang diciptakan oleh golongan yang sememangnya menolak vaksin. Hujah mereka biasanya vaksin adalah ciptaan orang barat (kafir) yang mahu merosakkan manusia secara dalaman dan secara halus tanpa disedari.

Pandangan ini juga tidak boleh diterima memandangkan banyak fatwa daripada institusi agama yang menggalakkan rakyat untuk mengambil vaksin. Institusi agama ini juga berperanan untuk mengesahkan yang tidak ada unsur yang meragukan dalam kandungan vaksin. Bahkan, ada institusi dan para mufti yang mewajibkan rakyat mengambil vaksin sebagai maslahah untuk mencegah mafsadah (kerosakan).

"Ahhh.. sangsi la. Macam mana la nak hilangkan rasa sangsi ni?" anti-vaksin mengeluh. Mereka seakan nak menerima tetapi hati semacam tidak reda. Masih lagi berada di tengah antara menerima dan menolak.

"Awak sebenarnya takut mati kan?!" Muktamad.

LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN BERMAIN FUTSAL LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN BERMAIN FUTSAL Reviewed by Hafizin Jamil on Sunday, September 12, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.