TUKAR HAK MILIK KENDERAAN : CARA BOOKING PUSPAKOM ONLINE

Biasanya PUSPAKOM adalah tempat yang dituju oleh orang ramai bila ada urusan pemeriksaan kenderaan. Sama ada pemeriksaan untuk menjual kenderaan ataupun pemeriksaan berkala yang wajib seperti yang diwajibkan ke atas lori dan van perdagangan. 

Bagi orang awam, kebiasaanya adalah untuk melakukan pemeriksaan untuk melayakkan kereta tersebut ditukar milik kepada pemilik baharu yang mana proses tersebut perlu melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sekiranya keputusan pemeriksaan oleh PUSPAKOM lulus, maka tidak ada masalah untuk JPJ meluluskan pertukaran hak milik.

Undang-undang ini memang sudah lama dipakai di Malaysia. Apa tujuannya? Di samping menambah pendapatan negara, ianya adalah salah satu cara untuk memastikan kereta yang ditukar hak milik tersebut adalah kereta yang selamat dan tidak bahaya untuk dipandu di atas jalan raya. Selamat untuk pemandu dan selamat juga untuk pengguna jalan raya yang lain.

Ada kereta yang bahaya juga ke?

Ya. Memang ada kereta yang bahaya. Kereta yang bahaya adalah kereta yang sudah diubah suai dari spesifikasi asalnya. Antaranya kereta potong. Kereta potong ini adalah separuh dari kereta lain dicantum pada separuh lagi kereta yang lain menjadi sebuah kereta. Macam kacuk gitu. Ini paling bahaya dan PUSPAKOM akan cek tanda cantum ini dengan teliti ketika pemeriksaan dijalankan. Bila kereta potong, memang ternyata membahayakan pemandu dan sekiranya berlaku kemalangan, ternyata ianya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

BOOKING PUSPAKOM


Seingat aku, sistem booking untuk melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM sudah lama ada dan bukan baru diwujudkan disebabkan wabak COVID-19 yang baru melanda Malaysia. Sistem booking yang ada pada PUSPAKOM ini menjadikan urusan lebih mudah dan teratur walaupun dari segi ketepatan masa yang ada pada sistem dengan masa yang sebenar di kaunter PUSPAKOM masih ada ruang yang boleh diperbaiki.

Bila wabak COVID-19 dan semua urusan kaunter kerajaan menggunakan sistem booking, PUSPAKOM nampak tidak kalut untuk setting sistem booking kerana mereka sudah menggunakannya terlebih awal.

REGISTER USER



Sebelum booking, perlu register terlebih dahulu sebagai pengguna baru di portal PUSPAKOM. KLIK SINI untuk ke portal. 

Bila pendaftaran sebagai pengguna baharu diluluskan melalui pengesahan e-mel. Boleh terus ke portal tadi dan Log In sebagai pengguna.

Bila sudah Log In, ada 8 step semuanya untuk selesai booking.

STEP 1



Step 1 adalah bahagian butiran kenderaan dan pemilik kenderaan. Semua butiran ini ada dalam geran. Tak perlu susah-susah. Tiru sebiji sama macam geran. Manakala untuk pemilik kenderaan, kena ada maklumat nama penuh, no kad pengenalan, no telefon dan alamat. Dalam geran, maklumat pemilik kenderaan ini tidak lengkap. Kena rujuk salinan kad pengenalan pemilik untuk dapatkan maklumat.

STEP 2



Step 2 adalah bahagian tujuan booking. Untuk tukar milik, boleh tick pada kotak tukar milik. Pastikan untuk tujuan apa booking kita itu dibuat. 

STEP 3 



Step 3 adalah pemilihan cawangan, tarikh dan masa yang kita nak bawa kenderaan kita untuk dibuat pemeriksaan. Kat sini boleh pilih cawangan di negeri mana yang kita mahu. Pilih tarikh dan pilih masa yang boleh kita pergi. Untuk tarikh dan masa, kotaknya berwarna hijau sekiranya masih lagi ada slot kosong. Jadi, kita pilih slot yang berwarna hijau sahaja. Biasanya, kalau kita booking hari ini, untuk slot esok dan lusa kebiasaanya memang penuh. Sekiranya tarikh tersebut hampir penuh, kotaknya akan bertanda dengan warna kuning.

STEP 4



Step 4 adalah ruangna maklumat siapa yang akan hadir untuk melakukan pemeriksaan. Jadi, untuk hadir melakukan pemeriksaan kereta, tidak semestinya pemilik kenderaan yang perlu hadir. Boleh jadi kawan, adik, pak cik, mak cik, bekas kekasih atau sesiapa sahaja. Ini terpulang kepada siapa kita nak kenderaan kita dibawa untuk dibuat pemeriksaan. Kalau runner, boleh isi maklumat runner pada bahagian ini.

Maklumat yang diperlukan di bahagian ini adalah nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

STEP 5



Step 5 adalah pengesahan atau confirmation. Step ini untuk mengesahkan semua butiran yang kita beri pada step 1 hingga 4 adalah betul. Dekat sini kita kena perhati betul-betul maklumat yang diminta oleh PUSPAKOM adalah betul dan bebas daripada kesalahan. Maklumat dan butiran adalah sama seperti yang terdapat di dalam geran. Boleh tekan confirm sekiranya kita yakin semua maklumat adalah betul dan tepat.

STEP 6



Step 6 adalah summary ataupun ikut terma subjek Bahasa Melayu SPM adalah kesimpulan. Dekat sini, akan dipaparkan butiran tarikh slot kita booking, masa, siapa yang akan hadir, tempat yang kita akan buat pemeriksaan, nombor pendaftaran kenderaan, jenis pemeriksaan dan akhir sekali adalah jumlah bayaran atau kos hangus yang perlu kita bayar kepada PUSPAKOM. Kos ini bukan kos booking sahaja tetapi kos keseluruhan PUSPAKOM melakukan pemeriksaan.

Biasanya untuk pertukaran hak milik, kosnya adalah RM 30.00 dan kos pemprosesan yang mana termasuk urusan booking ini adalah RM 3.50. Campur cukai semua sekali, keseluruhan kos adalah RM 35.51. Tak termasuk upah runner. Biasa runner ambil RM 50 tak pun RM 100. Kena pandai-pandai deal.

STEP 7



Step 7 adalah step bayaran. Kena bayar juga. Wajib! Lepas bayar baru boleh disahkan yang booking kita itu telah dibuat. Kalau tak bayar, memang tak boleh booking. Ini juga salah satu cara yang dinamakan cashless yang mana tidak ada urusan tunai yang dibuat. Bila tidak ada urusan tunai, bermakna tidak ada urusan yang melibatkan sentuhan dan SOP COVID-19 dapat dipatuhi.

Bahagian bayaran ini, kita boleh bayar sama ada menggunakan kad debit, kad kredit ataupun online banking menggunakan FPX. Jadi, tidak ada masalah. Semuanya mudah. Siap bayaran, nanti akan sampai emel. Print emel tersebut dan bawa bersama ketika hari pemeriksaan kenderaan dilakukan. Jika upah runner, pastikan runner bawa kertas temu janji tersebut.

STEP 8

Selesai. Step 8 tak ada apa. Dekat sini juga rasanya akan keluar surat temu janji dan juga resit bayaran. Boleh print. Step 8 ni aku ingat-ingat lupa dah.
TUKAR HAK MILIK KENDERAAN : CARA BOOKING PUSPAKOM ONLINE TUKAR HAK MILIK KENDERAAN : CARA BOOKING PUSPAKOM ONLINE Reviewed by Hafizin Jamil on Thursday, September 16, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.