MAKAN-MAKAN DI BINTULU, SARAWAK : RESTORAN SINONG THAI

Sesiapa yang datang ke Bintulu, Sarawak dan masih tercari-cari tempat makan yang sedap dan menyelerakan, aku cadangkan untuk pergi ke Restoran Sinong Thai. Pasti dan mesti tak menyesal. Rasa makanannya pasti tak menyesal, tapi kalau poket nipis, mesti menyesal di kemudian hari. Jalan-jalan Bintulu, lepas tu tak jumpa tempat menarik, bolehlah singgah di Restoran Sinong Thai sebab dekat Bintulu ni tidak ada sangat tempat menarik. Ada tempat yang menarik, tapi tidak banyak. Mungkin kerajaan tempatan perlu perbanyakkan lagi produk pelancongan di Bintulu sebab tempat sudah lawa dan bersebelahan dengan pantai.



Restoran ini terletak di hujung sungai bersebelahan dengan Pengkalan Feri Bintulu. Berdekatan dengan Pasar Tamu. Nak senang, taip je Sinong Thai dekat Google Maps, pasti jumpa. Jadi, lokasi restoran ini berada di atas air. Nak kata terapung tu boleh la. Sebab ada di atas air kan? Kalau tak, namanya tenggelam.


Restoran ini mengikut maklumat yang aku dapat, dibuka untuk makan tengah hari dan malam sahaja. Jika tengah hari, pukul 11 sehingga pukul 3 petang sahaja. Kemudian tutup dan akan buka semula pada jam 5.30 petang sehingga malam. Kebiasaannya memang ramai orang dan perlu booking untuk tempah meja. Tapi, semasa aku pergi, main terjah walk-in sahaja. Nasib baik orang tak ramai dan dapat meja.



Masakan di sini semuanya berasaskan masakan dari Thailand. Buku menu yang diberi olehnya semua menu dalam bahasa Thai, tetapi di bawahnya ada translate dalam Bahasa Orang Putih. Jadi, korang sebut somtam tu dah terbayang macam mana rupanya. Bentuk buku menu bagi aku sangat menarik dan nampak keaslian citarasa Thai yang dia nak padankan dengan imej restoran Sinong Thai.


Order apa? Aku serahkan semuanya pada insan berjantina perempuan iaitu isteri aku. Dia yang order sebab dia dah ada pengalaman makan dekat sini dan dia tahu menu apa yang sedap. Bagi dia la sedap. Kita mana tahu kan sebab tak pernah makan lagi dekat sini.


Isteri aku order Siakap Limau Stim, Udang Butter, Somtam Mangga dan aku order satu menu iaitu Sotong Goreng Cili. Kesemunya ada nama tersendiri dalam bahasa Thai, tapi aku lupa untuk hafal namanya dan aku juga lupa untuk ambil gambar menu. Air pula air bandung dan air lemon tea ais. Tak ada special air melainkan ada cendol Thai. Aku tak ada mood nak makan cendol. Makan nasi kan, nanti tak pasal-pasal kenyang makan cendol, tak habis pula nasi.


Dari kiri, udang butter, sotong goreng cili kering, dan kerabu mangga

Semuanya sedap. Bagi aku kalau 5 bintang tu, aku bagi 5 bintang untuk semua rasa masakannya. Memang sedap dan lauk yang digunakan juga adalah fresh. Isi ikan siakap dalam masam lemon, tapi ada lagi rasa manis asli ikan. Sedap. Siakap Limau Stim memang terbaik dan terbaik. Kerabu mangga yang dipanggil somtam tu juga sedap. Dia ada mangga dan bersama dengannya digaul kelapa goreng dengan isi ikan macam nasi kerabu punya. Oh ya, kalau ikut nama sebenar Somtam bermaksud kerabu betik. Yang mangga ni ada namanya sendiri dan aku main langgar je sebut Somtam. Haha.



Nasi juga sedap. Nampak nasi kosong, tapi nasinya memang macam nasi orang Thai makan. Nasinya nak iras macam pulut gitu. Nampak lembik tapi teksturnya sebiji-sebiji tidak melekat. Namanya Rice Fragrance Thai. Rasa nak cari beras ni nak try masak dekat rumah. Ianya bukan beras Siam yang biasa kita makan tu. Ni beras Siam yang premium. Bezanya ada fragrance, kot. Sepinggan nasi kosong RM 2.


Total semunya adalah RM 173.80. Aku pun terkejut bila tengok bil. Mak oi, mahal betul. Kita yang marhaen ni tak pernah makan semahal tu untuk 2 orang makan. 


Siakap RM 60

Udang Butter RM 45

Sotong Cili RM 25

Somtam Mangga RM 15

Nasi RM 4

Air Sirap Bandung RM 2.50

Air Iced Lemon Tea RM 5.50


Selebihnya adalah tax. Yang paling mahal dekat situ adalah siakap. Okay la. Dia paling besar berbanding lauk lain dekat atas meja. Udang dia pun RM 45. Okay la. Udang besar dan kulitnya nipis. Siap belah lagi kulit atas belakang udang untuk memudahkan kami makan. Sotong RM 25 tu rasa macam murah sebab banyak juga potongan sotong dalam pinggan. 



Okay. Kami balik dulu lah. Terima kasih isteri sebab belanja. Sampai dekat kereta dapat surat saman sebab tak ada kupon parking. Melayang lagi RM 15. Bersabarlah ya isteri solehah.


MAKAN-MAKAN DI BINTULU, SARAWAK : RESTORAN SINONG THAI MAKAN-MAKAN DI BINTULU, SARAWAK : RESTORAN SINONG THAI Reviewed by Hafizin Jamil on Wednesday, November 03, 2021 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.