NAK MASUK SEKOLAH TAHFIZ? MAK SURUH ATAU SENDIRI NAK MASUK?

Gambar hiasan


Pagi semalam, ada seorang calon temuduga untuk masuk ke tingkatan 1 sesi 2022. Tubuhnya kecil molek. Berkopiah, berbaju Melayu dan berseluar slack hitam. Di bahunya tersandang beg hitam jenama Quechua.

Dia menarik kerusi dan terus duduk menghadap saya. Mukanya ditutup dengan pelitup muka. Hanya nampak sepasang mata.

“Assalamualaikum,” saya menghulurkan salam.

“Waalaikumusalam,” dijawabnya perlahan.

Selepas berkenalan sedikit sebanyak. Tiba di bahagian soalan yang perlu diberi markah.

“Nak masuk sekolah tahfiz ni sebab keinginan sendiri ke? Atau mak ayah yang suruh belajar sini?” Saya bertanya.

“Mak ayah yang suruh. Saya tak nak pun sekolah sini.” Pantas dia menjawab. Biasanya kalau pantas ni jawapan yang sudah lama terbuku di hati. Selalunya banyak jawapan yang jujur.

“Sebab apa tak nak?” Saya cuba mengorek.

“Saya nak sekolah biasa-biasa je. Saya tak minat jenis hafal-hafal ni.”

“Ada abang yang belajar di sekolah tahfiz?”

“Ada. 2 orang.”

“Ermm.. 2 orang. Takkan tak nak hafal al-Quran macam abang.”

Dia tertunduk. Senyap.

Kemudian, dia mengangkat muka dan berkata, “Tak tahu la ustaz, saya tak minat menghafal. Nak sekolah biasa-biasa je.” Hujung suaranya seakan ceria.

Bagus calon ni. Ada nekad, ada tekad dan ada keinginan yang jelas dalam hidupnya. Usianya baru mencecah 13 tahun.

“Mak ayah tak sedih ke kalau awak tak belajar sekolah tahfiz?”

Sekali lagi dia diam. Kali ini diamnya agak lama. Barangkali sedang mencari isi untuk jawapan yang sesuai.
NAK MASUK SEKOLAH TAHFIZ? MAK SURUH ATAU SENDIRI NAK MASUK? NAK MASUK SEKOLAH TAHFIZ? MAK SURUH ATAU SENDIRI NAK MASUK? Reviewed by Hafizin Jamil on Wednesday, January 19, 2022 Rating: 5

No comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.