Skip to main content

SEDO : SEKILAU DONUT, DONUT PALING SEDAP DI KUANTAN

4 Donut ni ada pakej. Beli 2 atau beli 4 atau beli 6
Sesiapa yang ada di Kuantan atau singgah sebentar di Kuantan, wajib makan donut di Kedai Sedo. Kedai kawan saya yang masih lagi perawan bernama Fakhrullah Alias.

“Apa? Sedo? Bukan Sedo tu bodoh eh?”

Kalau bahasa Kelantan, ‘sedo’ adalah campuran senduk dan bodoh. Jadi sedo. Lebih kurang macam orang yang lurus bendul.
Kedainya dibawah kedai Jurukur Mahabob
Tapi kedai donut Sedo bukan bermaksud kalau makan donutnya akan jadi ‘sedo’. Walaupun boss donut Sedo fasih berbahasa Kelantan, sedo bermaksud Sekilau Donut.

Se = Sekilau
Do = Donut

Ni perisa cheese. Cheese tak kedekut tu.
Donutnya serius sedap, gebu gebas, penuh isi, lembut, besar dan yang penting adalah bulat. Buat penggemar donut, wajib cuba. Ya, wajib cuba!

Pasti tak menyesal!

“Eleh, donut… biasalah. Rasa donut la. Bulat, pastu ada gula. Rasa manis-manis gitu. Banyak je kedai-kedai jual.”
Ni perisa Orea. Sedap juga.
Haaa… sini yang istimewanya donut Sedo. Dia ada banyak ragam, banyak aneka warna dan pelbagai jenis rasa yang bersalut di atas atau penuh di dalam.

Masa dia letak dalam cermin untuk customer pilih donut mana yang berkenan, mata ni jadi rambang nak pilih yang mana sebab banyak sangat pilihan.
Ni perisa Creamy Cheese. Sedap!
Nak ambil semua, nanti tak habis sebab donutnya besar-besar.

Ada perisa oreo, ada nestum, ada cheese, ada mocha dan ada la lagi sampai berbelas jenis dan perisa.

Tapi dalam banyak-banyak perisa, yang paling sedap secara peribadinya adalah perisa creamy cheese. Cuba try dan bandingkan. Kalau sedap juga, maknanya lidah kita satu geng.
Ni bigboss SEDO
Orang Kuantan rasanya semua dah kenal kedai Sedo. Orang bukan Kuantan atau yang ulang-alik lalu Kuantan tu, singgah la di kedai Sedo. Nak beli yang frozen pun ada, sebagai buah tangan. Goreng sekejap terus boleh makan.

“Demo… makan donut pun Sedo.”

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-