TANGMO NIDA? BANJIR KILAT DI LEMBAH KLANG PADA 7 MAC 2022

Foto : BERNAMA

Apa yang hangat pada minggu ini adalah berkenaan dengan kematian Tangmo Nida, seorang artis dari Thailand. Dikatakan kematiannya itu satu konspirasi dan agenda tangan-tangan yang mahukan hartanya sehingga sanggup membunuhnya.

Entah kenapa ia begitu hangat diperkatakan di media sosial sehingga rakyat Malaysia sendiri turut mengambil bahagian. Ya... memang rakyat Malaysia sememangya rakyat bawang, itu tidak pelik.

Jika isu berkenaan artis dan artis tersebut pula lawa, memang menjadi subjek kegilaan bawang-bawang sekalian untuk turut serta menyumbang pandangan dan analisa sehingga kadang-kadang polis terduduk kerana kerja mereka sudah diambil oleh para bawang Malaysia.

Tapi, ada isu yang lebih berat dan menyentuh hati yang menimpa rakyat Malaysia pada minggu ini berbanding isu kematian Tangmo Nida. Yang mati tu biarkan mati dan biar polis Thailand buat kerja mereka. Untuk semalam bertarikh 7 Mac, rakyat Malaysia yang berada di sekitar Lembah Klang ditimpa musibah banjir kilat. Habis semua barangan tenggelam. Semoga orang-orang yang ditimpa banjir diberi kesabaran yang dipermudahkan segala urusan oleh Allah. 

Buat pemain dan pencari rezeki di ibu kota terutamanya, rasanya boleh dipertimbangkan untuk mengambil perlindungan kenderaan yang melibatkan bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan seumpama dengannya. Cuaca akhir zaman yang tidak menentu. Biarpun kita punya Jabatan Kaji Cuaca yang sering meramal bila cuaca buruk yang akan berlaku, ketahuilah ia tidak tepat 100%.

Manusia merancang, manusia meramal, tetapi Tuhan yang menentukan!

Juga buat pemilik kenderaan atau rumah kediaman atas nama sendiri, jika punya lebihan duit, belanjalah sedikit untuk mengambil perlindungan bencana untuk harta benda tersebut. Sememangnya bencana itu menimpa tanpa kita jangka. Mengambil iktibar banjir yang menimpa Hulu Selangor baru-baru ini, semua itu tidak dijangka. Ada yang kata ia adalah permainan Dajjal dalam mengawal suhu dan cuaca tapi ingatlah, semua itu tidak terjadi tanpa izin daripada Allah.

Boleh baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentang perlindungan bencana alam dan cara memohonnya. KLIK SINI.
TANGMO NIDA? BANJIR KILAT DI LEMBAH KLANG PADA 7 MAC 2022 TANGMO NIDA? BANJIR KILAT DI LEMBAH KLANG PADA 7 MAC 2022 Reviewed by Hafizin Jamil on Tuesday, March 08, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Seminggu dah berada di Thailand, masih menyiasat kes tangmo nida..hehehehe..Nampak gayanya, kena balik malaysia la macam ni..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Powered by Blogger.