LATA SEREIY, SUNGAI SIPUT (U)



“Jadi ke pergi Beswok minggu ni.” Tanya Ustaz Wan.
“Jadi. Kira jadi! Hari Sabtu kita pergi.” Aku membalas. Tekad.
“Boleh. Kawe pun nak pergi! Kita ride.” Tambah Khairum yakin.
“Kawe pun nak pergi. Kita bakar-bakar la dekat sana. Bakar ayam ke.” Zikri mencelah.
Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis pun berlalu.
“Esok dah ni. Jadi ke nak pergi Beswok?” Aku bertanya inginkan kepastian.
“Sehari dua ni hujan je. Jadi ke?” Ustaz Wan turut bertanya.
“Nak pergi ke?” Khairum juga bertanya.
Semua saling berpandangan antara satu sama lain. Mencari jawapan. Tinggal Zikri yang tengah leka menekan skrin telefonnya.
“Best ke mandi sungai musim hujan macam ni?” Tanya Zikri sambil mata tak lepas dari memandang skrin telefon. Juga soalan!
Tak bertemu jawapan. Soalan bertemu soalan. Kebiasaannya, bila soalan bertemu soalan, jawapannya tak jadi!
Beswok dah tak jadi. Alang-alang ada masa luang, terus saja aku ambil keputusan untuk pergi Lata Sereiy. Tak jauh. Dekat dengan starting point untuk ke Bukit Berekeh.
Masuk simpang dari jalan utama, jalannya sudah tidak berturap. Pokok sawit kiri kanan. Berbekalkan niat, kudarat, minyak Ron 95 yang diisi penuh dalam tangki jentera Honda dan peta yang diberi oleh Zarul, akhirnya sampai juga di Lata Sareiy.
Tidak ada orang. Sunyi.
Tempatnya lapang. Redup dengan pokok-pokok sawit. Ada jeram, ada air yang deras mengalir. Airnya tidak dalam. Dasarnya boleh nampak pasir. Sesuai untuk kanak-kanak mandi.
Tapi aneh. Mengapa tidak ada orang? Padahal sebelum sampai tadi, dengar juga sayup-sayup suara orang tengah riuh.






No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.