KG. ORANG ASLI BESWOK, SG. SIPUT (U)

Rancangan untuk ke Beswok tempoh hari yang tergendala akhirnya tercapai. Puncanya dari Zahrul.

Zahrul telah mengatur rencana mengajak aku ke Beswok, tidur di sana.

Tanpa banyak fikir dan tanpa banyak cakap, terus saja aku mengiyakan.

“Boleh, kira jadi!”

“Nak pergi dengan apa?” Zahrul bertanya.

“Naik Honda aku tak apa. Dah lama tak kasi panas,” jawab aku.

“Boleh juga. Aku naik Honda aku. Tak hujan ke? Sekarang musim hujan.” Zahrul sangsi. Walaupun sudah 2 hari hujan tidak turun membasahi Kg. Kelimat.

Turun untuk mengambil wudhuk


*****

“Pergi dengan kereta aku la. Kita pergi lepas Zohor, malam lepas Isya’ kita balik. Okay ke?” Zahrul mengajukan soalan. Buramnya nampak ada perubahan.

“Okay je. Sebab apa nak balik terus? Hari tu kata nak tidur dekat sana?” Aku bersetuju dahulu baru bertanya akan sebabnya kepada Zahrul. Itulah politik gaya Hanat.

“Aku tak boleh la chor. Kena hantar anak aku pergi Rawang. Aku tak teringat.” Zahrul memberi alasan. Alasan yang cukup kukuh. Benda yang ada kaitan dengan keluarga, sebagai kawan aku kena faham. Prinsip lelaki maskulin, ‘Family first’.

Hujan pun turun main air. Alang-alang sampai. Sejuk. Nyaman.


*****

Proton Evo Merah meluncur laju melalui jalan Lintang, kemudian Lasah dan akhirnya berhenti di Bawong.

“Tunggu kejap. Aku nak beli jajan sikit untuk budak-budak anak orang asli kat sana,” ujar Zahrul sambil keluar dari kereta. Beberapa minit kemudian, kelihatan Zahrul keluar menggendong beberapa plastik besar jajan. Ada Super Ring.

Ini juga salah satu politik Zahrul. Beri, nanti orang akan sayang.

“Hang jangan ingat tak ada orang asli yang lawa dan putih.” Kata Zahrul sambil memandang aku. Tajam pandangannya. Proton Evo Merah terus menyambung perjalanan.

Pondok di tepi sungai semuanya.

*****

Beberapa minit berbaki perjalanan sebelum sampai ke Beswok, hujan mulai turun perlahan. Seakan menyambut ketibaan kami sedangkan sepanjang perjalanan, panas terik yang menemani kami.

Begitulah kehidupan, ada benda yang tak dijangka kadang-kadang datang menerpa kita.

“Sini last jalan berturap. Hang pergi terus lagi, jalan ni akan sampai ke Gua Musang. Tapi jalan balak la. Tak ada turap.” Kata Zahrul sebaik sahaja kami sampai di simpang Beswok.

“Honda aku boleh sampai tak?” Soal aku kepada Zahrul.

“Hang jangan la macam ropa itu. Tak sampai dengan Honda hang. Jalan teruk. Pergi dengan Honda hang, leboh la.” Jujur jawapan Zahrul.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.