TOKO KOPI TEJA, GRIK (PART 1)



“Ji, kedai buka hari ni?” Melalui satu panggilan telefon, aku bertanya kepada Azizi Azahzuhari.
“Buka. Mari la.” Jawab Azizi Azahazuhari.
“Apa nama kedai mu? Nak search google maps.”
“Mu taip je ‘Toko Teja’.” Ringkas arahan Azizi Azahazuhari.
Teja. Pendek saja nama kedai.
Azizi Azahazuhari baru saja menjalankan perniagaan minuman berasaskan kopi. Dulu-dulu memang sudah nampak minat dia dalam membancuh kopi.
Semasa berada di Mesir, Azizi Azahazuhari selalu membancuh serbuk kopi campuran berjenama Bonjorno. Sesekali, dibancuh bersama dengan susu jenama Bekhero.
Sedap. Rasa Bonjorno buatan tangannya sungguh sedap. Ada bakat. Mungkin masa tu dia masih belum tahu dia berbakat untuk menjadi seorang barista. Dan aku pula berbakat menjadi tukang minum.
Aku memulakan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Perjalanan dari Pasir Mas ke Grik memakan masa lebih kurang 3 jam. Dari Kelantan, cuaca mendung dan sesekali hujan sehinggalah ke puncak Titiwangsa. Sebaik sahaja melepasi puncak Titiwangsa, matahari mula memunculkan diri. Panas terik mula membahahang.
“Ji, sampai dah ni.” Satu lagi panggilan telefon kepada Azizi Azahazuhari untuk mengesahkan yang kedai Teja buka.
“Dah tu? Masuk la kalau dah sampai.”
“Buka la kedai?”
“Buka la. Mu ni… Mari masuk.”
Panggilan telefon dimatikan.
*****
Lokasi kedai : TOKO KOPI TEJA
013-585 3053

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.